UNDIAN – MAHATHIR (66) vs ANWAR (92), NAJIB JUGA SALAH?

MAHATHIR DAKWA NAJIB PUNCA PH JATUH, BERAPA UNDI SOKONGAN NAJIB DAPAT?

Tun Mahathir ‘BLACKOUT’ mendakwa NAJIB RAZAK sebagai punca keruntuhan regim Pakatan Harapan semasa berucap di hadapan penyokongnya di Alor Setar. Mengejutkan sekali ada pendedahan mengenai undi yang diberikan Ahli Parlimen ketika kemuncak krisis menamakan seorang wakil sebagai Perdana Menteri Ke-8 selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan.

 

Menurut PORTAL BERITA  tersebut Tun Mahathir mendapat 66 undian manakala Anwar Ibrahim mendapat 92 undi sebagai PM Ke-8. Jika dihitung secara matematik mudah 66 + 92 = 158 dan berbaki 64 undian daripada 222 Ahli Parlimen. Ketika mahu menamakan calon PM, Pakatan Harapan memberi 2 nama calon iaitu Tun M dan Anwar Ibrahim. Persoalannya mana nama Najib Razak sebagaimana Mahathir dakwa sebagai punca kejatuhan regim PH?

Gabungan BN, PAS, GBS dan GPS memberi kelebihan buat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut tercalon sebagai PM. Masih belum nampak nama Najib Razak sebagai calon yang dinamakan sebagai PM. Bagaimana ‘Blackout’ boleh membuat ceritera Najib terlibat dan mencatur siapa akan naik sebagai PM selepas Mahathir?



BACA – PPBM UMUM KELUAR PAKATAN HARAPAN

Jelas sekali isi ceramah Mahathir ‘Blackout’ mengenai Najib hanyalah untuk mengalih fokus sebenar sebab beliau meletakkan jawatan ketika desakan peralihan kuasa memuncak dalam PH. Kalau dengan angka sudah nampak tembelang apatah lagi isi kandung ceramah ‘BLACKOUT’ yang menyalahkan Najib sepanjang sessi ceramah tersebut. Nampak gayanya memang nama Ahli Parlimen Pekan diperlukan untuk menambah keenakan ceramah ‘BLACKOUT’ yang dijangkakan akan membuat ‘RoadTour’ ke seluruh negara dalam masa terdekat.

Baca – TIDAK AKAN KERJASAMA DENGAN ANWAR

Terbaru nama Ketua Menteri Sabah pula dikaitkan sebagai calon PM sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibentangkan Ahli Parlimen Langkawi semasa sidang Dewan Rakyat. Nampaknya Anwar akan terus kempunan dan terus memegang gelaran ‘BAKAL PM’ paling lama dalam sejarah politik Malaysia malah boleh diiktiraf ‘Malaysia Book of Record’ jika ada kategori pemegang gelaran paling lama.



Sekarang Mahathir perlu buktikan dakwaan beliau bahawa Najib Razak terlibat menyebabkan beliau meletakkan jawatan PM, meletakkan jawatan Pengerusi PPBM, mempengaruhi keputusan PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan terlibat mempengaruhi PPBM untuk menyingkir dan memecat Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee Malik dan Marzuki Yahya daripada PPBM. Jika beliau tidak boleh buktikan semua dakwaan tersebut maka WAJARLAH Tun M memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan terhadap Dato Sri Najib Razak.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker