Nelayan ditemukan lemas di Pantai Seberang Takir

Lemas

27/02/2021 06:20 PM

KUALA NERUS, 27 Feb — Seorang nelayan ditemukan lemas selepas keluar memukat ikan di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 11.30 pagi dan mengarahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa Mohd Mahmood, 71, telah keluar memukat ikan di laut pada jarak 200 meter dari pantai dengan menaiki bot fiber pada 7.30 pagi.

“Adik mangsa Harun, 63, yang kebetulan sedang memancing ikan di tepi pantai berkenaan dapat melihat abangnya memukat di pantai itu namun kira-kira pukul 10.30 pagi dia (Harun) menyedari bot milik abangnya telah hilang.

“Tidak lama selepas itu, dia ternampak tubuh Mohd terapung di permukaan air dan bergegas ke laut untuk menyelamatkan mangsa dengan menaiki bot,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata ketika diselamatkan, Mohd dikatakan masih hidup namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sejurus tiba di tepi pantai.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh pihak polis untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Eyka makin popular di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker