Kes positif COVID-19 di Indonesia hampiri angka 90,000

JAKARTA, 21 Julai — Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 89,869 kes selepas 1,655 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sejak 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari tadi, 81 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Indonesia kini 4,320 orang.

“Sebanyak 44,003 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi saluran YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,461 orang, diikuti Jakarta (748), Jawa Tengah (374), Sulawesi Selatan (284) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 18,828 kes, diikuti Jakarta (17,279 kes) dan selebihnya di 32 wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker