PRK SLIM RIVER – SPR UMUM SOP ELAK KLUSTER PASCA PRK

PRK SLIM RIVER DAN COVID, SPR UMUM SOP

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengeluarkan kenyataan berkaitan Standard Operation Procedure (SOP) bagi menghadapi PRK Slim River yang akan diadakan pada 29 Ogos 2020. Pilihanraya tersebut dilakukan berikutan kematian Dato Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai 2020 kerana serangan jantung.

Seramai 23,094 pengundi berdaftar di N58 Slim River setakat 16 Julai 2020 mengikut data yang dikeluarkan SPR. Hari penamaan dijadualkan pada 15 Ogos 2020 manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 25 Ogos 2020. Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim akan digunakan SPR sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Prk Slim River.

Menarik sekali apabila SOP di Prk Chini yang menetapkan hanya 250 orang boleh berhimpun dalam satu masa kini diubah kepada kaedah mengikut keluasan kawasan (dewan) dan mengikut penjarakan sosial (1 meter persegi).

SPR juga mensasarkan 70% pengundi akan keluar mengundi pada tarikh ditetapkan.

 

 

Leave a Reply