Mahathir dan Muhyiddin diheret kemahkamah berkaitan pembatalan Projek HSR.

Dari apa yang dapat dibaca , negara Malaysia kerugian amat besar terhasil dari pembatalan projek keretapi laju HSR.

Selain kerugian dari segi pasarana modern dan monetary , Malaysia juga ketinggalan dalam kemajuan ekonomi berbanding dengan negara jiran semenjak kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan.

Lebih parah lagi imej suka membatal perjanjian menjadikan Malaysia negara yang tidak boleh dipercayai walau sudah menandatangani hitam putih.

Seorang warga Malaysia mengambil inisiatif membuat writ saman terhadap kedua Mahathir dan Muhyiddin dan menyeret kedua mereka menjawap dimahkamah akan Tindakan mereka.

Banyak juga kisah nya berkenaan pembatalan HSR ini antara nya cubaan mengawal sendirian supaya boleh diagihkan kepada kroni Mahathir dan Muhyiddin dimana jika ia nya Joint-venture dengan Singapura perkara ini tidak dapat dilakukan.

YTL ada lah kroni rapat kedua Mahathir dan Muhyiddin.

Selanjut baca disini apa yang kami petik dari laman FB Datuk Seri Najib Razak.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin diheret ke mahkamah berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura.
Warga Malaysia Mohd Hatta Sanuri memfailkan writ saman menyasarkan kedua-dua mantan perdana menteri itu dan tiga yang lain bagi memulihkan projek tersebut serta menuntut mereka membayar pampasan RM1 juta (S$308,438) kepada setiap warga Malaysia.
Plaintif mendakwa bahawa Encik Muhyiddin, juga melakukan kecuaian dan penyelewengan dalam jawatan awam, sebagai perdana menteri ketika itu, dengan menamatkan projek HSR pada 31 Disember 2020, dan ini menurutnya, menyebabkan Malaysia membayar lebih RM320 juta (S$98.7 juta) sebagai pampasan kepada Singapura pada 2021 untuk pembatalan perjanjian dua hala antara kedua-dua negara.
Plaintif mendakwa bahawa antara kerugian yang dialami oleh semua rakyat Malaysia berikutan penamatan projek HSR, adalah hilangnya keyakinan pelabur asing terhadap negara; kehilangan 70,000 pekerjaan yang berpotensi bergaji tinggi daripada projek itu; kehilangan peluang untuk memperoleh keuntungan RM70 bilion (S$21.6 bilion) daripada pembinaan, operasi HSR serta lebih RM366 juta (S$112 juta) kerugian akibat Malaysia membayar pampasan kepada Singapura.
——
Antara skandal yang perlu disiasat kerajaan baharu ialah projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan kerajaan Muhyiddin pada akhir tahun 2020.
Sebab Malaysia yang mahu batal, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 juta secara buta-buta kepada kerajaan Singapura.
Antara sebab Kerajaan Muhyiddin batal projek tersebut ialah mereka tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan Singapura di mana semua perolehan bagi projek tersebut perlu melalui tender antarabangsa terbuka.
Lalu, Muhyiddin mahu projek ini diganti dengan projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu sahaja dengan melanjutkan projek ERL milik YTL yang menggunakan sistem tren yang jauh lebih perlahan.
Kita tahu bahawa Muhyiddin amat sayang pada YTL sehingga pernah desak Maszlee dipecat sebagai Menteri Pendidikan sebab dia nak batalkan projek Bestarinet.
“Muhyiddin ‘amat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee”
Mengikut maklumat yang disalurkan kepada kami ketika itu, kertas bagi pembatalan projek HSR KL-Singapura untuk digantikan dengan projek HSR KL-JB telah dibentang dalam kabinet di mana angka-angka berkenaan perbandingan unjuran jumlah penumpang, unjuran jumlah hasil pendapatan tambang HSR dan kos projek HSR KL-Singapura dengan KL-Johor Baharu turut dibincang.
Unjuran jumlah penumpang setahun dikatakan akan turun 10.4 juta orang (28%) dari 37.3 juta ke 26.9 juta penumpang manakala hasil pendapatan tambang akan menurun RM352 bilion dari RM929 bilion ke RM577 bilion sekiranya HSR KL-Singapura diganti dengan HSR KL-JB.
Sebaliknya, penjimatan kos projek HSR KL-JB cuma RM3.6 bilion ataupun 5.3% lebih murah berbanding projek HSR KL-Singapura iaitu dari RM68.2 bilion (KL-Singapura) ke RM64.6 bilion (KL-JB).
Sebanyak RM3.3 bilion juga akan dibayar kepada syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL KLIA-KL Sentral sedia ada manakala pampasan antara RM5.7 bilion hingga RM7.7 bilion telah diperuntukkan sebagai bayaran pampasan kepada syarikat ERL bagi tempoh projek sebab projek dijangka akan rugi besar berpunca dari penurunan mendadak unjuran penumpang dan pendapatan projek.
Jadi, kerajaan baharu perlu siasat perkara-perkara di bawah:
1️⃣ Adakah angka-angka seperti dalam lampiran ini tertulis dalam kertas kabinet yang dibentang semasa jemaah menteri membuat keputusan pada akhir tahun 2020 lepas untuk membatalkan projek HSR KL-Singapura untuk diganti dengan projek HSR KL-Johor Baharu?
2️⃣ Kenapa syarikat ERL telah dipilih terdahulu dan siapa pemegang saham terbesar syarikat ERL?
3️⃣ Kenapa kos RM3.3 bilion diperuntuk untuk membayar syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL sedia ada dan adakah ianya benar bahawa pampasan sehingga RM7.7 bilion telah diperuntuk dan dipersetujui kabinet kerajaan Muhyiddin untuk dibayar sebagai pampasan kepada syarikat ERL milik YTL?
Akibat pembatalan projek ini, Malaysia bukan sahaja membayar kos pampasan RM320 juta kepada Singapura tanpa sebab tetapi telah tertinggal dalam ASEAN manakala manfaat ekonomi jangka panjang sebanyak RM500 bilion akibat kehilangan peluang pelaburan dan pelancongan lebih rancak bagi Malaysia telah terlepas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker