KDNK Korea Selatan turun 2.9 peratus pada suku kedua

SEOUL, 23 Julai — Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Korea Selatan menurun 2.9 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2020 berikutan pandemik COVID-19, menandakan penurunan terbesar sejak krisis 1998.

Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan agensi berita Yonhap berdasarkan laporan Bank of Korea pada Khamis, ekonomi Korea Selatan tidak jatuh begitu ketara sejak suku keempat 1998 apabila KDNK negara merosot sebanyak 3.8 peratus.

Berbanding suku pertama 2020, KDNK menurun sebanyak 3.3 peratus pada April-Jun.



“Ïni sebahagian besar disebabkan kejatuhan mendadak dalam eksport dengan penularan COVID-19, tidak seperti yang kami jangkakan bahawa ia akan turun perlahan-lahan,” kata Ketua Jabatan Perangkaan Ekonomi Bank Negara, Park Yang-su.

Menurut angka yang dikeluarkan, eksport nasional turun 13.6 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua 2020, yang merupakan kejatuhan terbesar sejak suku keempat 1974.

Ekonomi global kini berhadapan gelombang kemelesetan dan pergolakan berikutan pandemik COVID-19 yang masih berterusan.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button