Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

PESHAWAR: Taliban mendakwa berjaya membunuh ketua militan prokerajaan dan tujuh yang lain menerusi serangan bom di barat laut Pakistan.

Letupan berlaku pada Selasa malam di bandar Kabal di Lembah Swat yang sebahagian besarnya diperintah oleh Taliban Pakistan semasa pemberontakan 2007 hingga 2009.



Pegawai polis di daerah Swat, Zahid Nawaz Marwat berkata, bekas Ketua Jawatankuasa Keamanan, Idrees Khan terbunuh apabila trak pikapnya melanggar bom di tepi jalan.

Mangsa yang maut melibatkan dua anggota polis tempatan, dua pengawal persendirian dan tiga buruh.

Tehreek-e-Taliban mengaku melancarkan serangan tersebut.

Sejak bertahun-tahun lalu, Islamabad mengerahkan jawatankuasa keamanan untuk mempertahankan kampung mereka daripada serangan militan.



 

Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar beruntung dapat rawatan zaman BN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button