Qatar Airways tuntut ganti rugi terhadap blok diketuai Arab Saudi

DOHA, 23 Julai — Qatar Airways pada Rabu mengemukakan empat permohonan timbang tara antarabangsa untuk menuntut ganti rugi bernilai US$5 bilion dari blok diketuai Arab Saudi, yang mengenakan sekatan terhadap negara Teluk itu pada pertengahan 2017, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Sekatan yang bertujuan menghalang Qatar Airways beroperasi dan terbang di ruang udara negara mereka itu jelas memperlihatkan pelanggaran terhadap konvensyen penerbangan awam dan beberapa perjanjian yang telah dimeterai bersama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways Akbar al-Baker dalam satu kenyataan .

“Selepas lebih tiga tahun usaha untuk menyelesaikan krisis secara damai melalui dialog tidak membuahkan hasil, jadi kami mengambil keputusan untuk mengemukakan permohonan timbang tara dan mengambil apa jua tindakan undang-undang untuk melindungi hak kami dan mendapatkan pampasan atas pelanggaran itu,” kata al-Baker.



Syarikat itu meminta ganti rugi sekurang-kurangnya US$5 bilion dari empat negara kerana menutup ruang udara.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar serta mengenakan sekatan darat, laut dan udara pada 2017.

Keempat negara berkenaan menuduh Doha menyokong kumpulan pengganas, satu tuduhan yang dinafikan Qatar, dan menyifatkan sekatan diketuai Arab Saudi itu sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button