Zahid Dan Barisan Pimpinan UMNO Sambut Ulang Tahun Kelahiran ‘Bossku’


24 July 2020 Berita Utama

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan parti yang lain menghadiri Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di sini malam tadi.

Majlis ringkas sambutan berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin dan tahlil serta doa selamat.

Tetamu dari pelbagai lapisan masyarakt termasuk kalangan peringkat kepimpinan parti dan orang ramai turut serta pada majlis tersebut yang dilaksana mengikut SOP ditetapkan.

Majlis berkenaan berakhir dengan acara potong pulut kuning sejurus berakhir acara santai makan malam yang diadakan di Dewan Tun Razak 3, di sini. – UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker