4 askar maut helikopter terhempas di Filipina

 

MANILA, 24 Julai — Tentera Filipina (AFP) pada Jumaat mengesahkan empat daripada lima askar maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter di utara Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Helikopter itu terhempas sejurus berlepas dari Stesen Udara Cauayand di bandar Cauayan, di wilayah Isabela, kira-kira 7 malam Khamis (waktu tempatan).

Jurucakap AFP Mejar Jeneral Edgard Arevalo berkata ketika nahas helikopter Tentera Udara Filipina (PAF) UH-1D Huey itu sedang melakukan sesi latihan.

Seorang lagi mangsa dilaporkan selamat. Helikopter itu dinaiki dua juruterbang dan tiga kru.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker