Mayat anggota PGA dan polis bantuan ditemukan

04/12/2020 09:50 PM

MIRI, 4 Dis — Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai hari ini.

Anggota PGA berkenaan dikenali sebagai Sjn Simon Laja, 47, dan polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sjn Kemiang dijumpai kira-kira pukul 3 petang tadi berhampiran Sungau Layun.

Mereka dipercayai dibawa arus deras pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam semasa sedang melakukan operasi bersama enam lagi anggota.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian itu menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

“Mayat kedua-dua mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama. Batalion Ke-12 PGA sedang menguruskan untuk membawa balik mayat kedua-duanya ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Insiden tembak anggota PGA: Perintah reman tiga warga Thailand disambung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker