Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM

Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM

Sudah tidak dapat disembunyikan lagi, keadaan PPBM kini sudah semakin nazak dan ibarat telur yang berada di hujung tanduk.

Penolakan pemimpin dan ahli PPBM ke atas kepimpinan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, kini sudah menjadi rahsia umum.

Kegagalan Muhyiddin mengawal PAS yang kebelakangan ini dilihat bersikap besar kepala membuat pemimpin dan ahli PPBM kurang senang.



Keadaan menjadi lebih buruk apabila 4 orang ahli parlimen PPBM berpaling tadah dan menyokong Kerajaan Perpaduan.

PPBM kini hanya mempunyai 26 ahli parlimen berbanding PAS yang mempunyai 43 ahli parlimen.

Begitu juga dengan kes-kes mahkamah yang sedang Muhyiddin hadapi dalam skandal Jana Wibawa.

Kisah menantu Muhyiddin yang kini hidup dalam pelarian kerana tidak berani menghadapi kes mahkamah benar-benar memalukan pemimpin dan ahli PPBM.



Bagi mereka, walau pun pemimpin UMNO menghadapi pertuduhan di mahkamah, sekurang-kurangnya mereka berani dan tidak lari ke luar negara.

Dr Azmi Hassan berpandangan naratif pembelotan 4 ahli parlimen akan ‘diperkukuhkan’ pada perhimpunan itu untuk menggambarkan PPBM masih stabil.

Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM

Namun, akan ada perwakilan mempersoalkan kepimpinan Muhyiddin.



Dan mungkin membangkitkan calon penggantinya yang dikatakan Hamzah Zainudin, menjelang pemilihan parti tahun depan.

“Memang tidak syak kepimpinan PPBM akan dipersoalkan dan dibincangkan dengan hangat dalam perhimpunan itu”.

“Boleh juga dikaitkan dengan PAS yang mempunyai banyak kerusi dan mentadbir empat negeri”.

“PPBM seolah-olah hilang hala tuju dalam perkara ini”.



“Ahli parlimen PPBM beri sokongan kepada Anwar sebenarnya ada kena- mengena dengan kepimpinan parti yang kini menjadi persoalan,” katanya.

 

Pengganti Presiden Di Jangka Menjadi Perbahasan Panas Dalam Perhimpunan Agung Tahunan PPBM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button