Lembaga Disiplin Umno Tolak Permintaan TKUB

Lembaga Disiplin Umno Tolak 3 Permintaan TKUB

Lembaga Disiplin Umno (LDU) menolak 3 permintaan Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah.

3 permintaan Tun Faisal kepada LDU ialah



  • LDU perlu kemukakan nama anggota Tribunal termasuk Pengerusi
  • Dedah nama pengadu atau Bahagian yang membuat aduan serta butiran aduan dan pelanggaran perlembagaan
  • Membenarkan beliau (Tun Faisal) membawa 2 orang pengamal Undang Undang sebagai pemerhati dan menasihati beliau ketika sesi tribunal

Bagaimanapun LDU mengambil keputusan menolak permintaan tersebut. Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut mengemukakan sekali lagi permintaannya untuk dituruti LDU.

Kali ini beliau mengemukakan hujah mengapa LDU perlu memenuhi syarat yang dikehendaki dan menuntut agar ia dipenuhi sebelum tribunal berlangsung.



Sikap yang agak bongkak dan keterlaluan Tun Faisal turut dibidas oleh seorang ahli politik di Kelantan. Mohd Yusoff Solu mengkritik cara Tun Faisal berkomunikasi yang pada hemat beliau akan  menjejaskan reputasi Menteri.

Setiausaha Akhbar itu dikritik kerana mendakwa ada netizen yang berpegang kepada “Agama Najib” hanya kerana tidak sehaluan pendapat dengannya.

Tun Faisal sebelum ini sering mendakwa ada jajaran baru antara Umno, Anwar dan DAP bagi membentuk sebuah kerajaan. Dakwaan tersebut berdasarkan kononnya ada surat sokongan yang ditandatangani bagi menyatakan sokongan buat Anwar Ibrahim.



Tun Faisal Berdepan Pemecatan Umno?

 

Desakan bagi mendedahkan kandungan surat tersebut tidak dipenuhi Tun Faisal malah beliau hanya merujuk kepada apa yang Annuar Musa tunjukkan kepada wartawan dalam sidang media.

Esok Tun Faisal dijangka akan menghadap Tribunal LDU dan beliau perlu hadapi sebagai seorang Timbalan Ketua Umno Bahagian.



Tidak perlu baginya membabitkan pihak lain kerana dirinya sendiri yang membuat pelbagai dakwaan di media massa dan seharusnya berani bertanggungjawab atas segala dakwaannya.

Bak kata pepatah “Tangan yang mencincang, bahu yang memikul”, seeloknya Tun Faisal berani kemukakan segala bukti dakwaannya selama ini.

Tun Faisal Berdepan Pemecatan Umno?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button