Pertuduhan Gagal Bayar Cukai, Kenyataan Palsu: Saya Tidak Bersalah – Ahmad Maslan

https://youtu.be/dcE_O62BPhI

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi sekeping cek.

Katanya, beliau mengharapkan agar kes ini dapat dibawa dan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Kes ini masih terlalu awal, dan saya tetap menyatakan proses tidak bersalah, saya telah bersumpah laknat bahawa saya tidak menerima cek daripada Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebanyak RM2 juta.



“Kita mempunyai teori-teori tertentu kemana pergi dan siapa yang terlibat, jadi yang pasti saya tidak mengambil cek itu… itu yang pasti. Seperti kata peguam yang sudah pun bersetuju supaya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dan jika perlu ke Mahkamah Rayuan,” katanya kepada UMNO Online di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu menurut Peguam, Hamidi Mohd Noh menjelaskan berdasar dokumen 51A yang telah diterima pihak pendakwaan, beliau yakin mengatakan bahawa ‘this is no case’.

“Saya akan maklumkan pada tarikh-tarikh yang lain di Mahkamah Tinggi bila kita failkan rayuan ke mahkamah.

“Hari ini kita telah failkan notis, notis rayuan pun sudah ada. Jadi kita akan cabar keputusan ini dan kita akan bawa keputusan ini ke Mahkamah Tinggi dan jika perlu kita akan bawa ke Mahkamah Rayuan pula.



“Hari ini kita punya keputusan … malangnya mahkamah telah memutuskan menolak permohonan kita untuk mengatakan bahawa pertuduhan tidak berasas,” katanya.

Tambah Hamidi lagi, kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang lama sepatutnya ‘move on from this kind of cases’ tapi malangnya terdapat beberapa isu dari segi undang-undang yang perlu dipatuhi dan sebagainya.

Sebelum itu, Mahkamah Sesyen hari ini menolak permohonan untuk Ahmad Maslan dibebaskan daripada tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah seterusnya menetapkan tarikh perbicaraan pada 1 dan 2 Okt, 16 Okt, 23 Okt, 6 Nov dan 24 Dis depan selain menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan kes. – UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker