Tentera Iraq bebaskan aktivis Jerman yang diculik



BAGHDAD, 24 Julai — Pasukan tentera Iraq membebaskan aktivis Jerman Hella Mewis, yang diculik di Baghdad pada Isnin, lapor Agensi Anadolu, yang memetik tentera Iraq pada Jumaat.

Jurucakap tentera Yahia Rasul dalam satu kenyataan ringkas berkata pasukan keselamatan membebaskan Mewis, tanpa mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

Mewis, yang juga Ketua Jabatan Kebudayaan Institut Goethe Jerman di Baghdad, diculik berhampiran pejabatnya di Jalan Abu Nuwas pada waktu petang.

Di samping itu, Mewis juga berkhidmat di Institut Goethe, sebuah institusi kebudayaan Jerman, yang beroperasi di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 159 institut di 98 negara. Beliau bertugas di Pusat Kesenian Jerman Tarkib yang setiap tahun menganjurkan festival untuk menyokong seniman muda di Baghdad.



— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker