Dua tekong warga tempatan dicekup

Oleh – Syeikh Baran


Dua tekong warga tempatan dicekup
WANG Tunai dan telefon bimbit antara barangan yan dirampas dari sendikit penyeludupan Migran yang berjaya ditumpaskan di perairan Pontian, di Pontian, Johor.

Dua tekong darat wanita tempatan antara lima individu yang diberkas kerana terlibat dengan rangkaian penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin ( PATI ) di perairan Pontian, disini, kelmarin.

Kedua-dua wanita berusia 25 dan 33 tahun itu berjaya dicekup bersama dua tekong laut lelaki warga asing berusia 23 dan 25 selain seorang ‘transporter’ warga negara asing berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mereka ditahan dalam Op Pintas, Taring Gelora dan Taring Landai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah ( BSJD ) Pontian Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Kukup.

Katanya, turut berjaya ditangkap lima PATI lelaki yang berumur antara 14 tahun hingga 51 tahun yang cuba meloloskan diri keluar melalui jalan tidak diwartakan menggunakan khidmat tekong darat dan laut.

“Turut dirampas sebuah kereta, sebuah bot yang digunakan bagi membawa PATI dan wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM60,000,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, kejayaan ini juga merupakan kerjasama dan maklumat dari orang ramai yang inginkan aktiviti penyeludupan dapat dibenteras bagi memastikan negara bebas dari PATI.

“Tangkapan disiasat dibawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran ( ATIPSOM ) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

“Dan Seksyen 261 Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak melebihi 250,000 ribu atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Katanya, selain Seksyen 6 ( 1 ) ( c ) Akta Imigresen 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 3 bulan dan tidak melebihi 2 tahun dan sebat tidak kurang dari 3 sebatan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu beliau menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di daerah ini.

Sumber – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker