Amar Baharin Rai Hari Lahir Anak

Isyarat Jari Pula Cetus Spekulasi Netizen?-“Ingatkan Nak Tambah…”

Amar Baharin Rai Hari Lahir Anak

Amar Baharin Rai Hari Lahir Anak
Amar Baharin Rai Hari Lahir Anak

Pasangan selebriti, Amar Baharin dan Amyra Roslibaru-baru ini dilihat melakukan sambutan majlis hari lahir puteri mereka, Ayra Aryssa yang ke-4 tahun.

Menerusi entri terkini di Instagram, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin berkongsi sambutan puteri mereka yang bertemakan ‘Mermaid.

“Empat Tu Umur Anak Tau..”

Di sebalik kemeriahan majlis hari lahir Aryssa, perkongsian foto Amar dan Amyra turut mencuri perhatian netizen selepas memberikan isyarat jari empat, seolah-olah memberikan gambaran sama ada empat orang anak ataupun empat orang isteri.

Walaubagaimanapun, Amar secara seloroh menjelaskan bahawa isyarat jarinya itu hanyalah menggambarkan usia anak perempuannya yang kini berusia empat tahun.

“Saya akan sentiasa menyayangi awak 🥰 Amyra Rosli. 4 tu umur anak tau 🤣.”-kapsyen Amar di Instagram

“Ingatkan Nak Pasang Empat..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur apabila tersalah memberi tanggapan menyangkan aktor ini akan berkahwin empat.

“😂😂 Ingat 4 apa laaa tadi.. 😂😂….. happy anniversary champ.”

“Hahahaha pasangan palingggg romantisssss ❤️❤️❤️❤️❤️ semoga Allah jaga pasangan ni sebaiknyaa aminnnn.”

“Ingat nak pasang empat..😂😂.”

“Ingatkan nak tambah anak lagi 4.”

“Nakal Amar Baharin nie 🤣🤣.”

“Rugi kalau tak sayang kak Mira kita.”

Sekadar info, Amar Baharin dan Amyra Rosli mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata, Aqeef Anaqi, dan Ayra Aryssa.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Memang Mahathir Bukan Wali, Tapi Makam Mahathir Hampir Menyamai Wali

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker