Pekerja asing Singapura menderita di bawah sekatan COVID-19

Pekerja asing bergaji rendah di Singapura masih tertakluk kepada sekatan, hanya dibenarkan melakukan perjalanan antara kerja dan penginapan saja. – Foto AGENSI

Pekerja asing Singapura menderita di bawah sekatan COVID-19

SINGAPURA: Lebih 300,000 pekerja asing kebanyakannya dari Asia Selatan, terpaksa duduk di asrama hampir 18 bulan selepas sekatan COVID-19 dilakukan di negara ini.

Semua pekerja itu tinggal di asrama yang padat berikutan terpaksa berkongsi bilik dan tidur atas katil dua tingkat.

Begitupun, sekatan sudah dilonggarkan dengan kebenaran membeli belah, sempadan dibuka apabila ramai sudah divaksin, walaupun Singapura kini menghadapi gelombang virus baru.



Namun, berbeza untuk pendatang bergaji rendah, yang masih tertakluk kepada sekatan, mereka hanya dibenarkan melakukan perjalanan antara kerja dan penginapan saja.

“Ia adalah kehidupan yang sangat menyakitkan seperti penjara.

“Kami hanya dibenarkan pergi dan balik kerja saja, tiada tempat lain. Ia seperti hidup dalam tahanan,” kata pekerja tapak binaan, Sharif Uddin, 43, sambil menambah bahawa sebelum wabak itu dia biasa bertemu rakan-rakan pada hujung minggu untuk minum kopi, membaca puisi dan gosip.

Di luar tempat kerja, pekerja asing dibenarkan pergi sekali-sekala ke pusat rekreasi yang dibina khas yang biasanya terdiri daripada kedai-kedai yang terletak di sekitar dataran dan kemudahan sukan.



Sementara itu, kerajaan berikrar akan mengambil langkah seperti membina asrama baharu dengan kemudahan lebih moden dan lebih banyak ruang untuk diduduki.

Menurut pengkritik, sekatan berterusan dihadapi oleh pekerja yang biasanya memperoleh pendapatan dari SGD500 (RM1,500) hingga SGD1,000 (RM3,000) sebulan di bandar paling mahal di dunia, menyerlahkan betapa sedikit perubahan yang berlaku dalam realiti.

“Kerajaan kita tidak melihat mereka sebagai manusia sepenuhnya.

“Pihak berkuasa melayan pekerja asing seperti ‘komoditi ekonomi’, dan gagal ‘memberi mereka hak dan kebebasan’ yang sama dimiliki rakyat kita,” katanya,” kata Naib Presiden Kumpulan Hak Migran Transient Workers Count Too, Alex Au. – AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button