Jadi hab bekal, perkhidmatan EV

Jadi hab bekal, perkhidmatan EV

Jadi hab bekal, perkhidmatan EV
PASARAN EV di Asean dijangka berkembang pada kadar CAGR sekitar 33 peratus menjelang 2027.

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru pembuat kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk membekalkan dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang berkembang pesat di Asean.

Beliau berkata demikian berikutan pasaran EV di Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 33 peratus daripada kira-kira AS$500 juta pada 2021 kepada AS$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027.

“Malaysia mempunyai banyak faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kita sesuai bagi menyokong hasrat hab serantau syarikat multinasional.



“Selain daripada lokasi yang strategik, infrastruktur yang baik dan kedaulatan undang-undang, kita juga mempunyai industri elektrik dan elektronik (E&E) mantap yang telah memberi sokongan kepada industri lain termasuk aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan EV,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di sini semalam.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…



Pendaftaran baharu bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) penumpang meningkat daripada kira-kira 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 13,000 unit pada 2023.

Sebagai persediaan kepada peralihan kenderaan pelepasan sifar, menerusi Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, Tengku Zafrul berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan untuk memperkasa penggiat industri automotif tempatan melalui pelbagai insentif pelaburan untuk memasang atau menghasilkan hibrid dan EV.

“Kita juga menggalakkan kerjasama dengan peneraju industri global untuk menawarkan pengeluaran kenderaan tenaga bersih ke Malaysia dan memulakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan mereka di negara ini supaya kita dapat membangunkan lebih ramai pekerja tempatan berkemahiran tinggi dan menyokong lebih ramai vendor domestik,” katanya.



Matlamat Sifar Bersih Nasional turut disokong oleh NAP 2020 dan antara lainnya adalah Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) 2023-2050.

Mengenai permintaan industri yang tinggi terhadap bakat mahir, beliau berkata Miti akan terus bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan keperluan industri untuk pekerja mahir akan tercapai.

Jadi hab bekal, perkhidmatan EV

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button