Honduras rampas 900 kg kokain

TEGUCIGALPA: Honduras semalam memaklumkan pihak berkuasa merampas 900 kilogram (kg) kokain dalam satu operasi bersama Colombia.

Pihak tentera dan polis memintas sebuah bot nelayan Ahad lalu di Gracias a Dios di wilayah barat.

Menurut kenyataan Agensi Siasatan Jenayah serta pihak tentera, dadah berkenaan ditemui disorok dalam ruang khas dan beberapa anak kapal warga Honduras ditahan.

“Dalam tempoh seminggu ini pihak berkuasa berjaya merampas 1,707 kg dadah pelbagai jenis.

“Pada 20 Julai lalu, pihak berkuasa menemui 800 kg kokain dalam sebuah kapal terbang yang mendarat di sebuah landasan yang terlindung di Gracias a Dios,” katanya.

Pada 2014, Honduras melancarkan operasi bersepadu terhadap penyeludup dadah di kawasan Gracias a Dios yang tidak ramai penduduk, kebanyakannya masyarakat Orang Asli minoriti puak Misquito.

Pihak berkuasa Colombia dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS bekerjasama dengan kerajaan Honduras bagi menghalang penyeludup dadah menggunakan Gracias a Dios sebagai pusat transit dari Amerika Selatan ke AS. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker