Musim taufan 2020 bermula di AS, membadai Texas

HOUSTON: Musim taufan Atlantik bermula tahun ini dengan hujan lebat dan angin kencang membadai Texas di Amerika Syarikat (AS) semalam, yang masih bergelut krisis COVID-19.

Tergolong dalam ribut kategori 1, ia menghasilkan angin berkelajuan 145 kilometer sejam (km/j) ketika melalui Pulau Padre pada jam 5 petang, menurut Pusat Taufan Kebangsaan AS.

Taufan Hanna dijangka membawa hujan lebat merentasi bahagian selatan Texas dan timur laut Mexico, berpotensi menyebabkan banjir kilat yang mengancam nyawa dan mengakibatkan beberapa sungai melimpah.

Tiada laporan segera mengenai korban atau kerosakan meluas dilaporkan tatkala angin mula perlahan hingga 80 km/j selepas ribut menuju ke kawasan pedalaman dan semakin lemah, seperti dijangka semalam.



Namun, pakar meteorologi memberi amaran bahawa taufan itu boleh mengancam nyawa apabila ia mencecah ketinggian 1.8 meter di beberapa kawasan selain mampu hujan sehingga 45 sentimeter menjelang esok di selatan Texas dan Mexico.

Bencana itu turut mendapat perhatian Presiden AS, Donald Trump, yang menegaskan pihaknya sedang memantau rapat Taufan Douglas di Hawaii dan Taufan Hanna di Texas.

“Kita akan terus bekerjasama rapat dengan kedua-dua negeri, mendengar pandangan pegawai pengurusan kecemasan… bagi melindungi keluarga dan harta benda anda,” katanya dalam ciapan di Twitter rasminya.

Taufan Hanna terus menganas ke bahagian darat di Texas, yang juga kawasan menyaksikan lonjakan besar jangkitan COVID-19 sejak kebelakangan ini dan mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengekang penularan virus itu.



AS adalah negara paling teruk terjejas akibat COVID-19 dan pihak berkuasa kini perlu memikirkan langkah bagaimana untuk menempatkan penduduk terjejas di kawasan selamat berikutan musim taufan sudah bermula.

Dua ribut berlaku semalam iaitu Taufan Pasifik Douglas yang menuju ke pulau Hawaii dan ribut Tropika Gonzalo di Atlantik, berdekat Pulau Windward. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker