RTS LINK DIMETERAI MALAYSIA – SINGAPURA

KERJASAMA MALAYSIA – SINGAPURA CIPTA SEJARAH TERSENDIRI

 

Detik bersejarah yang ditunggu-tunggu. Majlis Pemeteraian Perjanjian Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Malaysia – Singapura di Tambak Johor.

Pemeteraian ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.



Hadir sama bagi pihak Malaysia, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Turut hadir bagi pihak Singapura, Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung; Menteri Luar Negeri Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan mantan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

RTS Link meliputi jajaran sepanjang 4km yang menghubungkan Malaysia melalui Johor dengan negara jiran, Singapura. Kapasiti membawa penumpang pula adalah sehingga 10,000 setiap jam dan dijangka memulakan operasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2026.

Dengan terbinanya RTS Link ini maka ia dapat memberikan akses mudah, pantas dan selesa kepada rakyat yang berulang-alik Malaysia-Singapura selain berupaya mengatasi masalah kesesakan trafik di pintu masuk kedua-dua negara yang dihadapi sejak sekian lama.

Apa yang pasti, RTS Link ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Bukan saja memberi impak ekonomi tetapi juga membuka peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat tempatan apabila depoh dari Mandai, Singapura dipindahkan ke Stesen Wadi Hana, Johor Bahru.

Sumber – DATO SERI WEE KA SIONG, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: