BILA ABBY ABADI HADIAHKAN MOTOSIKAL SEMPENA HARI LAHIR ANAK SULUNG

Anak sulung kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim kini sudah pun genap usia 18 tahun.

Mereka sekeluarga telah menyambut hari lahir Danish di restoran makan dengan mengenakan pakaian berwarna merah putih mengikut tema hari lahir.

Paling mencuri perhatian adalah hadiah yang diberikan Abby untuk anak lelaki iaitu sebuah motosikal sempena usianya yang menginjak 18 tahun.

Menerusi perkongsian foto dan video, dapat dilihat anak bujang Abby dan Norman itu berasa begitu teruja dan terus mencuba motosikal yang dihadiahkan kepadanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Abby telah menulis ucapan selamat hari lahir buat anak sulungnya dengan mendoakan agar Danish berjaya didunia dan akhir. Dia juga berterima kasih kerana Danish sentiasa menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati.

"Love u Abang @danishhakimofficial. Semoga berjaya dunia akhirat. Terima Kasih Abang @danishhakimofficial menjadi anak yg baik & mendengar kata. Dan Terima Kasih juga sayang adik2 Abang semua tanpa batas

"Momen paling indah 24/3/2021. Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial. Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti ALLAH tambah lagi

Image_3.jpg

"Terima Kasih ALLAH utk nikmat anak2 yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yg KAU rezekikan pada kami. Pegang hati2 kami utk terus bergelar hambaMU yg sebenar2 hamba hingga akhir nyawa.. Amin," tulis Abby.

Selain itu, Danish juga sempat memuat naik motosikal barunya dengan mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga kerana menyambut hari jadinya dan berasa terharu kerana memberikan hadiah yang tidak terjangka.

"Baru je plan nak kumpul duit & beli sendiri, tahu2 je harini ALLAH bagi depan mata terus.. Betul2 ikut my main favourite colour pulak tu. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Mama Abah. Terima kasih banyak2 seluruh ahli keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah ku.

Image_4.jpg

"Wuuuu Adidas boots. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Dania. Terima kasih banyak2 juga seluruh ahli keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah ku.

"G-Shock Black & Red huhuHuuu. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Mummy (Papa sekali kan?). Terima kasih juga seluruh ahli Keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah ku.

"Yee sah, memang #DanishTurns18 harinii (*dimamah usia). Happy birthday to my dearself, semoga dikau (wahai diri sendiri) dapat mencapai segala angan2,impian serta cita2 untuk menjadi seorang Huffaz, Usahawan & juga Atlet yang terbaik dunia akhirat dan lain2 InsyaAllah Aamiin YRA.

Image_5.jpg

"Syukur Alhamdulillah untuk nikmat yang tak terkira ini… Terima kasih banyak2 keluarga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah ku untuk segalanya. Terima kasih juga korang semua untuk doa baik2 yang tak putus2.

"Ok done for #DanishTurns18 (*dimamah usia ) ft. #MemeySuhaizaTurns33 for these 2 days. Will back to duty again starting from tomorrow. Goodnight. Jumpa esok2 mates. Assalamualaikum. Terima kasih untuk doa2 baik serta kasih sayang dari kalian , much appreciation #SyukurAlhamdulillah #DHSayangSemua," kata Danish pula dalam beberapa entri yang dimuat naik.

Untuk makluman, setelah Abby dan Norman berpisah, keduanya sudah pun mendirikan rumah tangga lagi dengan pasangan masing-masing namun hubungan kekeluargaan tetap erat dan tiada permusuhan walaupun sudah berpisah.

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_15.jpg

Image_16.jpg

Image_17.jpg

Image_18.jpg

Image_19.jpg

Image_20.jpg

Image_21.jpg

Image_22.jpg

Image_23.jpg

Image_24.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker