Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376, kematian 5,131

 

 

JAKARTA, 31 Julai — Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376 kes, iaitu tambahan sebanyak 2,040 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 60,739 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 73 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 5,131 orang.

Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 430 kes, diikuti Jawa Timur (317), Jawa Tengah (235) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Dalam tempoh yang sama, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 18 kematian, Jakarta (14 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.

— BERNAMA

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: