3 kereta mewah hampir RM1 juta lesap dari bengkel

3 kereta mewah hampir RM1 juta lesap dari bengkel

3 kereta mewah hampir RM1 juta lesap dari bengkel

KUALA LUMPUR: Tiga kereta mewah dilarikan dari sebuah bengkel kereta di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata kejadian berkenaan disedari pemilik bengkel kira-kira jam 10.39 pagi sebelum melaporkan perkara itu kepada polis.

Beliau berkata, tiga kenderaan yang hilang adalah masing-masing sebuah Mercedes Benz E200K, Toyota Land Cruiser dan Nissan Skyline GTR Prestige dengan kerugian dianggarkan RM940,000.



“Kejadian disedari pengadu selepas mendapati kesan pecah pada mangga pintu masuk dan beberapa kunci kereta turut hilang.

Amihizam berkata, semua kenderaan yang hilang itu milik pelanggan bengkel berkenaan yang sudah siap dibaiki, namun belum dituntut pemiliknya.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 395A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkait kes ini tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222.



Maklumat juga boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Musuh UMNO Sibuk bual isu rasuah tapi senyap bab rasuah Zeti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker