TUN MAHATHIR ‘KING MAKER’ PASTIKAN KEMENANGAN WARISAN DALAM PRN?
TUN MAHATHIR AKAN TENTUKAN CALON WARISAN?
Tun Mahathir dalam satu kenyataan pagi tadi menyifatkan ADUN Sabah yang berpaling tadah dan menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai ‘Hamba Duit’ dan mahu menghukum kesemua 13 ADUN orang yang terlibat. Dalam pada itu Dato Seri Shafie Apdal pula mengingatkan calon (mewakili WARISAN dan Sekutu) PRN Sabah bukanlah dari kalangan yang suka melompat parti.
Kenyataan Mahathir hari ini ternyata berbeza dengan apa yang beliau pernah katakan pada 8 Disember 2018. Mahathir menyatakan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan amalan melompat parti dibenarkan dalam sistem tersebut. Sebelum ini Mahathir pernah mencadangkan Shafie dicalonkan sebagai Perdana Menteri Ke-9 selepas beliau tidak lagi bersama blok Pakatan Harapan dan kecewa namanya tidak dicalonkan sebaliknya PH menamakan Anwar Ibrahim.
Ternyata Shafie masih berada dalam pangkuan Mahathir untuk menguatkan WARISAN bagi menghadapi PRN Sabah. Samada Pakatan Harapan akan membantu Shafie atau sebaliknya turut bertanding di kerusi sama tidak diketahui. Perlu diingatkan PKR dan DAP turut mempunyai pengaruh di Sabah selain parti lokal yang sedia ada dan bernaung di bawah Warisan.
Dilemma Shafie semakin jelas jika Pakatan Harapan meletakkan sejumlah calon dan paling malang jika percaturan 1 lawan 1 berdepan Perikatan Nasional tidak kesampaian. Seperti sedia maklum Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini tidak lagi bersama Warisan sebagaimana sebelum ini.
Kini apa yang menjadi tumpuan bagaimana Mahathir mahu menghukum 13 ADUN yang didakwa berpaling tadah? Adakah beliau kini Presiden Warisan selepas dipecat dari PPBM? Kebanyakan rakyat Sabah masih ada sentimen ‘Anti Mahathir’ selepas apa yang beliau lakukan kepada politik Sabah ketika berkuasa selama 22 tahun dahulu. Tidak perlu menoleh sejauh itu, lihat sahaja Prk Kimanis mengapa Mahathir langsung tidak turun membantu calon Pakatan Harapan yang diwakili Warisan sedangkan parti itu menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri?
Hasrat Mahathir untuk turun ke Sabah dialu-alukan namun adakah beliau akan diberikan kuasa penuh menentukan kriteria dan siapa calon Warisan dan sekutu dalam PRN Sabah? Membaca kepada lenggok kenyataan sudah pasti Shafie akan menyerahkan kepada Mahathir bagi menggepalai Warisan tetapi setakat ini tiada maklumat sahih diperolehi.