Polis kesan saksi wanita warga Indonesia bantu siasatan kes bunuh

 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos  — Polis sedang mengesan seorang saksi wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung satu kes bunuh di ibu kota baru-baru ini.

Kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini menyebut saksi kes itu yang hanya dikenali sebagai Kesa berumur 30-an dikehendaki polis berhubung penemuan satu mayat wanita Indonesia di tepi jalan di Pandan Indah pada 30 Julai.



“Wanita itu mempunyai ciri fizikal berambut perang serta berketinggian 160 sentimeter merupakan rakan kepada mangsa berkenaan dipercayai boleh membantu siasatan polis,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes ASP N. Yugantharan di talian 012-8726 664 / 03-4295 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 30 Julai, Bernama melaporkan sembilan lelaki termasuk tiga warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan di tepi jalan di Pandan Indah di sini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun ditahan dalam operasi berasingan yang bermula pada 10 malam dan berakhir pada 2 pagi di Seri Kembangan, Serdang; SEA Park, Petaling Jaya dan Sungai Jarum, Kuala Langat.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button