PPM rampas 3.6 tan minyak sawit mentah cuba diseleweng

Oleh – Syeikh Baran


PPM rampas 3.6 tan minyak sawit mentah cuba diseleweng
PEMANDU lori ditahan dalam Op Khas Aidilfitri di Batu 25, Jalan Sandakan.

Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 3.6 tan minyak sawit mentah (CPO) dipercayai cuba diseleweng di Batu 25, Jalan Sandakan, di sini, semalam.

Dalam operasi pada 6.40 petang itu, bahan komoditi berkenaan dibawa seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan sebuah lori.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pasukan operasi terserempak dengan sebuah lori yang berhenti di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati ia membawa muatan disyaki minyak sawit mentah tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Pemandu lori kemudian ditahan bersama minyak sawit mentah untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, jumlah keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan RM58,870 berdasarkan harga pasaran semasa.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker