Seruan Muslimat PAS Sepatutnya Di Tujukan Kepada Kepimpinan PAS Bukan UMNO

Seruan Muslimat PAS Sepatutnya Di Tujukan Kepada Kepimpinan PAS Bukan UMNO

Seruan Muslimat PAS Sepatutnya Di Tujukan Kepada Kepimpinan PAS Bukan UMNO

Penulis tertarik untuk mengulas laporan yang ditulis oleh portal Malaysia Post mengenai seruan Ketua Muslimat PAS, Nuridah Muhd Salleh.

Nuridah dilaporkan menyeru supaya kepimpinan UMNO kembali kepada perjuangan asal parti yang sebenar.

Menurut Nuridah, kepimpinan UMNO tidak sepatutnya menggadai maruah dan prinsip perjuangan semata-mata kerana jawatan di dalam kerajaan.



“Pimpinan Umno harus sedar biarpun memegang kuasa, tangan mereka diikat ketat oleh pimpinan parti lain di dalam PH agar mengikut telunjuk mereka”.

“Mereka (pemimpin Umno) sedaya upaya berusaha untuk melepaskan tengkuk mereka sahaja”.

“Pimpinan Umno harus meletakkan di tepi sentimen peribadi sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat di hadapan”.

“Umno harus mengambil langkah berani untuk bersama blok yang betul demi survival agama, bangsa dan negara,” kata Nuridah.



Bagi penulis, sepatutnya seruan itu Nuridah lakukan kepada kepimpinan PAS dan bukannya kepada kepimpinan UMNO.

Boleh Nuridah jelaskan, apakah derhaka kepada raja, menipu dan memutarbelitkan fakta merupakan sebahagian dari perjuangan untuk survivor agama, bangsa dan tanah air?



Dan adakah perbuatan merasuah pengundi di surau juga boleh dikategorikan sebagai perjuangan untuk survivor agama, bangsa dan tanah air?

Atau mungkinkah memperdagangkan hukum talak dianggap sebagai satu perbuatan suci di sisi agama dalam ajaran mazhab PAS?

Siapa sebenarnya yang sanggup menggadaikan prinsip perjuangan semata-mata kerana mahu berkuasa?



Pemimpin UMNO atau pemimpin PAS?

Janganlah jadi seperti ayam jantan yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi.

 

Seruan Muslimat PAS Sepatutnya Di Tujukan Kepada Kepimpinan PAS Bukan UMNO

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button