KPKT GALAK PBT LEBIH TERBUKA KEPADA AWAM

PBT DIGALAKKAN BERINTERAKSI DENGAN ORANG AWAM

Sidang Dewan Rakyat dimaklumkan oleh Menteri mengenai kebolehlaksanaan mesyuarat penuh PBT dilakukan secara terbuka kepada orang ramai. Dalam jawapan YB ZURAIDA KAMARUDDIN beliau menjelaskannya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) amat menggalakkan semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan mesyuarat penuh PBT secara terbuka kepada orang ramai dan wakil akhbar sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 23, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].

Tujuan amalan ini adalah supaya segala perancangan pembangunan, pengurusan dan masalah PBT boleh dikongsi bersama rakyat bagi mewujudkan kesejahteraan bersama.



Sehubungan itu, KPKT telah melaksanakan Program Live Streaming Mesyuarat Penuh Majlis PBT mulai tahun 2015 untuk menyampaikan maklumat mengenai mesyuarat penuh PBT secara langsung kepada rakyat. Program Live Streaming adalah bertujuan untuk memberikan akses secara maya kepada rakyat setempat mengikuti Mesyuarat Penuh Majlis PBT. Melalui pendekatan ini, rakyat akan dapat menilai dan mengukur ketelusan dan tadbir urus PBT dengan lebih berkesan. Ini juga dapat membantu rakyat mengetahui perkembangan perancangan pembangunan setempat selain meningkatkan keyakinan mereka terhadap ketelusan dan profesionalisme pegawai PBT.

Berdasarkan maklumat daripada negeri, sebanyak 320 Program Live Streaming Mesyuarat Penuh Majlis PBT telah dilaksanakan oleh PBT sejak tahun 2017 sehingga Jun 2020.

Walau bagaimanapun, keputusan PBT untuk mengadakan mesyuarat penuh PBT secara terbuka adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker