SKANDAL TEROWONG DASAR LAUT – SETIAUSAHA AGUNG DAP DIDAKWA ESOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP BERDEPAN DAKWAAN SKANDAL TEROWONG
Menurut laporan BERNAMA, bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan, YB Lim Guan Eng akan didakwa di mahkamah esok.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM, pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Pertuduhan pertama pada 7 Ogos 2020 jam 9 pagi di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta Kuala Lumpur atas kesalahan Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.
Pertuduhan kedua pada 10 Ogos 2020 jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Selain itu SPRM turut mendapat izin mendakwa dari Peguam Negara untuk Guan Eng bagi kes berlainan pada ketetapan 11 Ogos 2020, jam 9pagi di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas kesalahan Seksyen 23 Akta SPRM.