STABILITI MUAFAKAT KUNCI KEMENANGAN PRK N58 SLIM RIVER – ZAHID HAMIDI
PELANCARAN JENTERA BARISAN NASIONAL PRK SLIM
Pengundi PRK N58 Slim pasti akan menikmati kesinambungan khidmat terbaik ADUN dulu jika mereka pilih BN kali ini. Pada 12 Ogos akan diumumkan calon BN. Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan demikian ketika beliau melancarkan Jentera PRK N58 Slim River di Dewan Trolak Jaya petang tadi.
Beliau turut menggariskan beberapa perkara untuk dititik beratkan oleh jentera dan BN secara keseluruhan.
– Enam PDM di sini yang kalah perlu diambil semula. Selesaikan masalah tertunggak di Slim agar rakyat dapat menarik nafas lega.
– Kemenangan di DUN Slim akan memaparkan indikator pada PRU ke-15.
– Jangan ketepikan mana-mana pihak yg mahu membantu BN di PRK N58 DUN Slim.
– Selesaikan segala pertelingkahan yang ada. Santuni setiap perbezaan.
Laporan lanjut akan menyusul.