Setiausaha agung parti pemerintah Bangladesh disyaki bunuh wartawan

Setiausaha agung parti pemerintah Bangladesh disyaki bunuh wartawan

Setiausaha agung parti pemerintah Bangladesh disyaki bunuh wartawan
Mahmudul Alam Babu. – Foto ihsan Dhaka Tribune

DHAKA: Polis Bangladesh menahan seorang ahli politik yang didakwa mendalangi pembunuhan seorang wartawan yang menulis berita mengenai keluarganya.

Menurut Batalion Tindakan Pantas (RAB) elit negara itu, Mahmudul Alam Babu, 50, ditahan berhampiran sempadan India selepas pemburuan di seluruh negara.

Suspek didakwa mengarahkan pembunuhan Golam Rabbani Nadim pada Rabu oleh sekumpulan lelaki berhampiran rumahnya di daerah Jamalpur. Nadim kemudiannya meninggal dunia di hospital.

Menurut Ketua Polis tempatan, Sohel Rana, Babu bertindak balas untuk beberapa siri berita mengenai pertikaian hak penjagaan membabitkan seorang kanak-kanak berikutan perceraiannya baru-baru ini.

“Dia adalah tertuduh nombor satu dalam kes itu berikutan seorang wartawan melihatnya di tempat kejadian apabila Nadim dipukul sekumpulan lelaki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Enam yang lain turut ditahan,” katanya.

Rana berkata, Babu adalah Setiausaha Agung Awami League, parti pemerintah diketuai Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

Presiden Kelab Akhbar tempatan, Shaheen Al Amin memberitahu AFP, Babu berang dengan “liputan meluas” Nadim mengenai pertikaian keluarganya dan memfailkan saman fitnah terhadap wartawan itu tetapi mahkamah membatalkan kes itu.

“Keesokan harinya Nadim diserang oleh orang Babu dan kepalanya dipukul dengan batu bata, hingga maut akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Kumpulan wartawan mengadakan protes selepas pembunuhan itu bagi menuntut penahanan penjenayah.

Reporters Without Borders meletakkan Bangladesh pada kedudukan 163 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2023.

Wartawan dengan saluran media bebas Bangladesh yang semakin berkurangan, mengalami tekanan daripada kerajaan dan parti pemerintah Hasina.

Pada Mac, pengarang akhbar terbesar negara dan seorang wartawan didakwa di bawah Akta Keselamatan Digital yang kontroversi kerana menulis artikel mengenai kos makanan yang tinggi.

Pihak berkuasa pada Februari lalu mendakwa tindakan diambil kerana ia melanggar undang-undang akhbar. – AFP

Setiausaha agung parti pemerintah Bangladesh disyaki bunuh wartawan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker