Pelanggan 5G Korea Selatan cecah 6 juta pada Jun: data

SEOUL, 10 Ogos — Jumlah pelanggan jaringan mudah alih 5G meningkat tujuh juta pada Jun, setelah Korea mula menawarkan perkhidmatan mudah alih terpantas itu pada April tahun lalu, menurut data yang ditunjukkan pada Isnin.

Negara ini mempunyai 7.37 juta pengguna 5G pada Jun, meningkat 493,101 daripada bulan sebelumnya, menurut data yang dikumpulkan oleh Kementerian Sains dan ICT, lapor agensi berita Yonhap.

Angka terbaharu merangkumi lebih 10 peratus daripada keseluruhan 69.6 juta langganan mudah alih negara.



Jumlah langganan 5G dijangka meningkat pada akhir tahun ini, dengan mempertimbangkan pelancaran telefon baharu yang akan menggunakan rangkaian itu, termasuk Galaxy Note 20 Samsung Electronics Co. dan iPhone Apple Inc.

Rangkaian 4G kekal paling popular, memegang 55 juta langganan dan mewakili kira-kira 80 peratus daripada jumlah akaun mudah alih.

SK Telecom Co. memiliki pelanggan 5G terbanyak pada 3.35 juta, diikuti oleh KT Corp pada 2.24 juta dan LG Uplus Corp pada 1.78 juta.

Pertumbuhan pengguna 5G yang stabil muncul ketika negara itu mendorong pengembangan jaringan yang luas walaupun terdapat pandemik COVID-19, yang telah menyebabkan rancangan pelaburan berkaitan pada tahun ini tertangguh.



Tiga operator telekomunikasi utama itu berjanji bulan lalu untuk melabur sehingga 25.7 trilion won untuk mempercepat peningkatan perkhidmatan 5G dan memasang rangkaian di seluruh negara menjelang 2022.

Menurut laporan pemerintah minggu lalu, kebolehcapaian rangkaian di lokasi awam yang dipasang dengan peralatan 5G berlegar di bawah 70 peratus.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button