[VIDEO] “TUN MAHATHIR TIDAK KONSISTEN BILA TUBUH PARTI BARU” – PRESIDEN UMNO

TUN MAHATHIR TIDAK KONSISTEN

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=f_TbMVA6Jz8[/embedyt]

Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai penubuhan parti baru oleh Tun Mahathir baru-baru ini.

Bercakap semasa ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya N58 Slim River di Dewan Felda Jaya Trolak, Zahid turut menyeru agar semua pihak menolak perpecahan undi Melayu yang dibawa menerusi parti baru Tun M.

Beliau secara sinis mengingatkan apa yang pernah Mahathir ucapkan dahulu supaya tiada lagi penubuhan parti baru yang boleh memecahkan undi Kaum Melayu namun akhirnya beliau sendiri berbuat demikian.



Sebagai rekod, Tun Mahathir merupakan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan meletakkan jawatan berikutan krisis dalaman Pakatan Harapan. Beliau turut melepaskan jawatan dalam parti kerana enggan menerima kenyataan PPBM menarik diri dari Pakatan Harapan. Mahathir kemudiannya memilih untuk tidak bersama Presiden PPBM di blok kerajaan semasa Sidang Dewan Rakyat bersama beberapa orang lagi Ahli Parlimen PPBM.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker