[VIDEO] UMNO TIDAK WAJAR DIJADIKAN KORBAN – ASYRAF WAJDI

JANGAN KORBANKAN UMNO

 

 

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan Umno tidak perlu menjadi mangsa korban hanya untuk berkuasa. Ingatan tersebut merujuk kepada undian maya menggunakan platform media sosial miliknya minggu lepas.



Sebagaimana diketahui ramai kalangan ahli akar umbi enggan menerima penggabungan UMNO/PAS/PPBM dan lebih mahukan Muafakat Nasional direalisasikan menjelang PRU15. Mereka menyuarakan pendapat, pandangan serta kritikan terhadap cadangan penubuhan Perikatan Nasional yang hanya menguntungkan satu pihak sahaja. Berikutan krisis yang sedang dihadapi PPBM, kekuatan mereka semakin luntur dan hanya mengharapkan ‘belas kasihan’ dari Umno dan PAS. Bagaimanapun ‘Lagak’ segelintir pemimpin PPBM begitu menyakitkan hati penyokong Muafakat Nasional kerana mereka ‘Lebih Sudu Dari Kuah’.



Semalam tular pula video seorang Timbalan Menteri yang merupakan Senator (Lantikan) dari PPBM yang merendahkan peranan Umno. Malah dengan bangga Timbalan Menteri menyatakan bagaimana mereka (beliau) membantu ahli PPBM menerusi ‘Surat Sokongan’. Video berkenaan mendapat pelbagai kecaman serta kritikan netizen.



Mengulas mengenai penubuhan parti baru Tun Mahathir, Asyraf mengimbau berapa parti politik telah ditubuhkan kerana Tun M ‘bergaduh’ dengan mereka kerana kuasa politik. Ketua Pemuda Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat menilai perlakuan Mahathir yang masih belum berhenti berharap untuk menjadi Perdana Menteri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker