Lebih 100 bangunan rosak selepas gempa berskala 5.1 di Carolina AS, tiada kecederaan dilaporkan

WASHINGTON, 10 Ogos — Lebih daripada 100 bangunan rosak di Alleghany County, negeri di bahagian selatan Amerika Syarikat, Carolina Utara, setelah gempa bumi berskala 5.1 melanda wilayah itu pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dicatatkan setakat ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai tempatan.

Gempa, yang paling kuat di negeri ini sejak 1916, terjadi pada sekitar 08:07 ET (1207 GMT) pada kedalaman sekitar 9.1 km, yang dianggap sebagai gempa ringan, menurut US Geological Survey (USGS).

Pusat gempa terletak berhampiran dengan Sparta, sebuah bandar di Alleghany County dengan kira-kira 1,800 penduduk.

Daniel Roten, koordinator pengurusan kecemasan di daerah itu, memberitahu media tempatan WFMY News beliau belum mendengar kecederaan yang dilaporkan akibat gempa tersebut.

Beliau menganggarkan lebih daripada 100 bangunan rosak di Alleghany County, sambil menambah bahawa pasukannya masih dalam proses penilaian.

Beberapa rumah terpaksa dipindahkan kerana kerosakan teruk, tambahnya.

Gempa bumi itu juga turut dirasai di South Carolina dan Georgia, menurut laporan CNN.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *