JUSTIFIKASI DERMA KEPADA SETIAUSAHA AGUNG DAP – LHDN PERLU JELASKAN

DERMA MENCECAH RM2.9 JUTA, JAMINAN HANYA RM1 JUTA

Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP telah dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan menerima suapan dari satu projek di Pulau Pinang. Beliau kemudiannya diperintahkan membayar wang jaminan sebanyak RM1 juta manakala passport antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada Mahkamah.



Menarik sekali apabila Democratic Action Party (DAP) melancarkan ‘Tabung Solidariti’ bagi membantu Guan Eng menjelaskan wang jaminan beliau. Menurut Tony Pua jumlah terkumpul dari derma itu kini mencecah RM2.9 juta. Apa yang menjadi persoalan dengan kekayaan pemimpin DAP yang telah disiytiharkan pada 2018, mereka masih mahu menggunakan elemen simpati rakyat apabila merayu untuk rakyat menderma sebanyak RM10 bagi bayaran wang jaminan Guan Eng. Persoalannya kemana pula lebihan sebanyak RM1.9 juta akan disalurkan selepas menjelaskan RM1 juta wang jaminan? Adakah terus ke kantung DAP atau disalurkan bagi membiayai kempen ‘Solidariti Guan Eng’ menerusi ceramah politik kononnya beliau didakwa atas motif politik dan menjadi mangsa?

Justifikasi ‘Derma’ yang digunapakai DAP mengelirukan antara derma politik dan derma kepada individu. Jika melabelkan pemberian ”DERMA POLITIK’ atas platform mana mahu dijelaskan kerana ia digunakan bagi membayar wang jaminan individu dan bukan untuk aktiviti parti. Meletakkan derma tersebut sebagai ‘Derma Individu’ pula menimbulkan keraguan adakah derma tersebut tidak dikenakan cukai atau dikenakan cukai oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Juteru itu pihak LHDN adalah digesa untuk meletakkan satu justifikasi tepat berkenaan derma ‘Tabung Solidariti’ yang dikatakan diguna bagi membayar wang jaminan Setiausaha Agung DAP.



Sebagaimana kertas pertuduhan di Mahakamah, Ahli Parlimen DAP Bagan itu dikatakan menerima 10% daripada jumlah kos keseluruhan projek bernilai RM6.3 billion. Angka yang sangat besar dan berkemampuan untuk membayar jaminan tanpa perlu membuat sebarang kutipan derma. Itu belum termasuk bayaran yang diterima beliau melalui transaksi menerusi sebuah syarikat milik isterinya yang turut berdepan pertuduhan Akta SPRM. Jika dihitung jumlah yang diterima melalui perkiraan mudah, Lim boleh bergelar jutawan.

Kemusykilan persoalan ini hanya boleh dijawap oleh LHDN samada derma seperti ‘Tabung Solidariti Lim Guan Eng’ dikenakan cukai atau tidak. Rakyat memerhati dan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab maka LHDN perlu tampil menerangkan situasi tersebut.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button