MAT SABU DEDAH PUNCA SEBENAR MUHYIDDIN DAN AZMIN LARI DARI PAKATAN HARAPAN

SUDAH TAHU PH KALAH PRU15 PUNCA AZMIN DAN MUHYIDDIN LARI DARI PH

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/Mohamad-Sabu_20200815_1.mp4[/KGVID]

Pakatan Harapan sebenarnya mengetahui mereka bakal tumbang dalam PRU15 kerana gelombang kebangkitan BN dan PAS dalam Muafakat Nasional berjaya membuktikan KEGAGALAN pemerintahan PH sejak Mei 2018.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) YB Mohamad Sabu semasa berucap di Majlis Penyampaian Watikah Calon Bebas tajaan Tun Mahathir di Prk Slim River. Dalam ucapannya, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Abang Mat mendedahkan dalam mesyuarat PH, mereka menjangkakan kekalahan Pakatan Harapan selepas kemenangan BN dalam siri Pilihanraya Kecil yang diadakan.

Mat Sabu juga mendedahkan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali merupakan individu yang tidak boleh dipercayai dalam politik. Bagi Pakatan Harapan segala ‘AkuJanji’ Taat Setia dan kononnya Muhyiddin dan Azmin sangat sayangkan Mahathir hanyalah sebagai sandiwara. Beliau turut menamakan Muhyiddin mempengaruhi Ahli Parlimen PH agar keluar dari gabungan Pakatan Harapan dan membentuk kerjasama baru bersama BN dan PAS.

Dalam pada itu Mat Sabu sempat mempelekehkan SPRM yang mendakwa Setiausaha Agung DAP atas pertuduhan rasuah. Mat Sabu menyatakan beliau akan memberi Tun M sebanyak RM10 juta jika calon bebas (Pejuang) menarik diri dari bertanding di Prk Slim dengan syarat Mahathir tidak boleh senyum kerana asas dakwaan SPRM terhadap Guan Eng hanyalah senyuman dan dianggap sebagai menerima rasuah. Sebagaimana lazim sebelum menjadi Menteri Pertahanan, ucapan Mat Sabu tidak pernah mengecewakan dengan selingan maki hamun dan lawak ‘BODOH’ agar penonton turut ketawa.

Jika benar dakwaan Mat Sabu, maka niat sebenar Muhyiddin dan Azmin keluar dari PH adalah kerana enggan kehilangan kuasa dan politik mereka (PPBM dan Kartel) hanyalah berpaksikan perebutan kuasa. Mustahil Muhyiddin dan Azmin tidak mengetahui sebagaimana didedahkan Mat Sabu bahawa PH akan kembali menjadi pembangkang selepas PRU15? Memandangkan risiko kehilangan kedudukan maka Muhyiddin dan Azmin mengorak langkah awal meninggalkan PH untuk mencari dahan baru bagi berpaut dan dahan itu adalah gandingan BN dan PAS dalam Muafakat Nasional.

Hari ini lembaran baru politik telah didedahkan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara sebulat suara mahu menyertai Muafakat Nasional dan melihat kerjasama dalam MN mampu menjamin kedudukan mereka untuk terus berkuasa. Adakah BN dan PAS akan setuju dengan syarat atau terus memberi kepercayaan kepada Muhyiddin (PPBM) menentukan siapa akan mempunyai kuasa mutlak dalam MN? Adakah Azmin Ali (tiada parti) akan diangkat setaraf dengan Presiden Parti lain dalam MN dan turut menjadi antara kunci utama pembahagian kerusi untuk Pru15? Perlu diingatkan dalam MN, kunci utama ialah saling percaya dan tiada niat jahat sesama sendiri, berkerjasama dan bertolak ansur. Mampukah PPBM berbuat demikian dengan bermacam perangai Ahli mereka yang cuba bersikap ‘Taiko’ dan ‘Besar Kepala’ seperti sekarang? Di mana pula heraki Azmin dan ‘Kartel’ beliau kerana masih belum ada parti politik sebagai asas untuk diletakkan dalam jawatan tinggi di MN?

Inilah sebahagian dilemma ahli akar umbi BN dan PAS. Ibarat luka yang sembuh parut masih ada dan tidak mustahil boleh berdarah kembali. Banyak kenyataan PPBM dan ‘Kartel’ Azmin yang sukar diterima akar umbi BN dan PAS manakala pemimpin mereka pula tidak pandai ‘Jaga Mulut’ dan banyak berdrama apabila berhadapan dengan MN ibarat duit syiling depan lain belakang lain tutur mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker