‘NAJIBPHOBIA’ – MENGAPA MAHATHIR TIDAK SERANG AZMIN, ANWAR SEBAGAI PUNCA HILANG JAWATAN?

NAJIB JADI MODAL MAHATHIR BILA BERCERAMAH

Samada perasan atau tidak nama Dato Sri Najib akan didendangkan oleh Tun Mahathir setiap kali beliau berceramah samada sebelum diangkat sebagai PM Ke-7 mahupun selepas itu malah selepas meletakkan jawatan pun nama Najib terus dijadikan modal Mahathir. Begitu kuat pengaruh Najib terhadap Mahathir sehingga setiap kali Pilihanraya Kecil diadakan nama Najib menggunguli carta senarai dalam ucapan beliau.

Najib hanyalah Ahli Parlimen Pekan dan Ketua Bahagian Umno Pekan namun bagi Mahathir Najib masih merupakan seteru utamanya. Dendam Mahathir kepada Najib sangat kuat dan dipercayai ada kaitan dengan kedudukan anaknya (bekas Menteri Besar Kedah) yang tidak mempunyai potensi dalam politik tanpa sokongan Mahathir sendiri. Ada juga cakap-cakap politik mengatakan tanpa Mahathir, Mukhriz tidak wujud dalam politik dan sebenarnya tidak layak berada dalam arena politik. Mungkin ini sebahagian kesumat yang Mahathir pendamkan selama ini terhadap Najib.

Ini sebahagian pandangan Raja Petra Kamaruddin yang ditulis dalam blognya –

Pada tahun 2013, Mahathir mengkritik Najib kerana memandang rendah kepada orang Cina sambil mengabaikan orang Melayu. Orang Cina tidak akan memilih Barisan Nasional pula, kata Mahathir, sementara orang Melayu menjadi tulang belakang untuk Umno.

DAP kemudian menjelaskan kepada orang Cina bahawa mereka perlu menggunakan orang Melayu untuk memerangi orang Melayu – jadi mereka hanya menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib, Umno dan Barisan Nasional. Ringkasnya, Mahathir adalah alat DAP dan orang Cina untuk merobohkan kuasa politik Melayu.

Inilah yang mereka katakan. Ini bukan apa yang dikatakan oleh Najib. Oleh itu, apa yang dimaksudkan oleh Mahathir dengan ‘Najib telah menggunakan DAP sebagai “bogeyman” untuk melemahkan gabungan PH’? Mahathir sendiri telah menggunakan DAP sebagai bogeyman sejak tahun 1980-an lagi. Dan DAP juga mengakui bahawa mereka hanya menggunakan Mahathir untuk mengalahkan orang Melayu.

Ada batasan untuk seberapa besar orang Malaysia yang dapat bertoleransi dengan sikap bodoh ini. Baik Mahathir dan DAP memperlakukan rakyat Malaysia seolah-olah mereka bodoh.- RPK

Jelas sekali tanpa mengaitkan Najib, Pakatan Rakyat (kemudiannya Pakatan Harapan) tidak mampu menumbangkan BN. Segala perancangan serangan menjurus hanya kepada Najib, Najib dan Najib sehingga segalanya dikaitkan dengan Najib walau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

‘Demam’ PRK Slim River tidak ketinggalan nama Najib diungkit oleh Mahathir semasa majlis penyerahan watikah calon bebas (Pejuang). Beliau mengaitkan bagaimana sebuah parti yang diasaskannya mengkhianatinya hanya kerana Najib dan mengapa beliau enggan bersama PPBM. Mengapa Mahathir tidak mengakui krisis dalaman Pakatan Harapan yang membawa bencana kepadanya dan menuding kepada orang lain? Inilah kepakaran Tun Mahathir dalam politik. Semua orang salah melainkan hanya dirinya sahaja betul dan benar dan kerana itu semua pihak perlu akur dan tunduk kepada apa sahaja kemahuannya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian akan dilabelkan sebagai ‘Pengkhianat’, ‘Pembelot’ dan pelbagai persepsi buruk akan dilemparkan.

Kini nama Muhyiddin juga didendangkan selain nama Najib tetapi nama Azmin langsung tidak disentuh Mahathir. Timbul persoalan MENGAPA MAHATHIR TIDAK PERNAH SERANG AZMIN ALI? Adakah Azmin sememangnya ‘Decoy’ Mahathir dalam perancangan yang tidak diketahui untuk menyusup ke parti tertentu? Muhyiddin dilabelkan Mahathir sebagai Pengkhianat, Najib Kleptokrat tetapi bila Setiausaha Agung DAP dituduh di Mahakamah kerana kesalahan, Mahathir kata bermotifkan politik. Ada sikap ‘Double Standard’ yang Mahathir letakkan bila melabelkan pemimpin yang tidak sehaluan dengannya tetapi tidak terhadap Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Rina Harun dan ramai lagi.

Azmin Ali seperti diketahui merupakan bekas timbalan Presiden PKR dan penggerak ‘Sheraton Move’ tetapi tiada kedudukan dalam kepimpinan utama PPBM. Mengapa Mahathir tidak pernah melabelkan Azmin sebagai salah seorang pengkhianat walau tahu kerana tindakan Azmin keluar parti telah menjejaskan Pakatan Harapan secara langsung. Adakah Azmin berada di bawah pengaruh Najib? Adakah Muhyiddin juga di bawah pengaruh Najib?

Politik caca marba Mahathir sebenarnya sudah tidak relevan lagi di mata rakyat. Walau beliau menubuhkan sebuah parti baru tanpa Pakatan Harapan, parti itu hanyalah sebuah parti nyamuk. Walau tidak sehaluan dengan Presiden PKR, Mahathir perlu akui beliau memerlukan sokongan PKR bagi menentang parti lain. Tetapi Mahathir tetap Mahathir, ego politikus bernama Mahathir tidak akan direndahkan hanya untuk minta ‘nyawa politik’. Najib akan terus kekal di bibirnya selagi belum puas.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker