COVID-19: 25 kes baharu dilaporkan

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, meningkat kepada 25 kes membabitkan 16 kes import dan sembilan kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada sembilan kes penularan tempatan itu, enam kes adalah daripada Kluster Tawar; dua kes membabitkan pekerja di sebuah restoran di Setapak dan satu kes melalui saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 9,200 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini 216 kes.

“Sehingga kini terdapat tujuh kes menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 28 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih COVID-19 di negara ini sebanyak 8,859 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau memaklumkan tiada pertambahan kes kematian dilaporkan dan jumlahnya kekal 125 kes bersamaan 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Leave a Reply

%d bloggers like this: