JONGKANG-JONGKET POLITIK – MN SAH JEMPUT PPBM

PPBM AKAN TERIMA JEMPUTAN SERTAI MN?

Oleh – Yahya Al Bakiri, BatuPahat Johor



Selepas beberapa hari kemelut, perdebatan, perbahasan, penafian serta sessi ‘membeli jiwa’, Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Muafakat Nasional secara rasmi menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama dalam gabungan itu. Menerusi twitter rasmi Zahid menjelaskan perkara itu benar.

Agak menarik perhatian perkara ini telah menimbulkan perbahasan terutama dalam Umno apabila kebanyakan ahli Umno (tiada kepentingan jawatan) itu sendiri menolak penyertaan PPBM berkerjasama dengan Umno. Asas penolakan mereka menjurus kepada sikap khianat ahli PPBM yang dahulunya 90% terdiri daripada ahli Umno sendiri. Mereka (PPBM) lebih rela bersama DAP, PKR dan AMANAH (Pakatan Harapan) untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang telah bertapak sejak sekian lama. Pelbagai emosi dilontarkan kebanyakan ahli Umno yang menolak sebarang kerjasama Umno – PPBM angkara kezaliman yang diperlakukan terhadap Umno sewaktu PPBM bersama Pakatan Harapan.

Baca – SIAPA UNTUNG?



Baca – Ahli Umno Tolak PPBM

Bagaimanapun ada juga ahli Umno yang lebih terbuka dalam menerima kerjasama ini bagi membentuk penguasaan parti Kaum Melayu dalam politik. Perlu diingatkan sekiranya berlaku gabungan Umno, Pas dan PPBM, ia akan membawa satu keadaan ketidakseimbangan diversiti kuasa politik antara kaum dan ini memberi kelebihan kepada parti yang menawarkan ruang yang lebih terbuka kepada kaum lain untuk bersuara bagi kepentingan kaum mereka. Sudah pasti akan menjurangkan lagi persefahaman antara kaum disebabkan pengaruh politik dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Parti A misalan akan mempengaruhi kaum A agar menjauhi parti B kerana faktor penindasan berasaskan politik begitu juga sebaliknya dari parti B terhadap A sekaligus mewujudkan perasaan tidak selesa antara kaum kerana pegangan politik yang berbeza.



Risiko untuk parti politik bermain dan mencambahkan pengaruh berdasarkan kaum hanya akan membawa mudarat kepada Umno dan Pas. Walaupun didalam Barisan Nasional ada parti komponen mewakili Kaum Cina dan India begitu juga dalam Pas yang membuka ruang kepada kaum Cina dan India ini berbeza dengan PPBM yang hanya diwakili satu kaum sahaja. Kewujudan Ahli Bersekutu dalam PPBM yang terbuka kepada kaum lain tidak boleh disamakan sepertimana MCA dan MIC dalam BN serta DHPP dalam PAS kerana penguasaan total PPBM hanyalah Melayu Bumiputera.

Baca – PEJUANG BAKAL SERTAI MUAFAKAT NASIONAL?

Melihat senario ribut yang melanda Umno dan PAS, siapa yang beroleh keuntungan imej sebenarnya? Semalam SUA Pas dipetik mengesahkan parti itu menyertai Perikatan Nasional manakala Zahid enggan mencampuri urusan PAS sebaliknya menyatakan Umno pada dasarnya bersetuju menyokong Perikatan Nasional sehingga Pru15. Timbalan Presiden Umno pula menyuarakan kebimbangan penolakan ahli Umno kepada PPBM dan menyatakan perkara ini perlu dinilai dengan sebaiknya pucuk pimpinan Umno. Pas menerusi Timbalan Presidennya pula menyatakan hanya bersama Umno dalam Muafakat Nasional. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Umno dan Pas bagi menyakinkan ahli parti agar kekal bersama Muafakat Nasional.



Baca – PAS ‘POLITIK PENING’

 

Membaca strategi percaturan sebegini telah banyak membawa persoalan besar kemana sebenarnya hala tuju Muafakat Nasional bila menerima PPBM dalam gabungan? Menghadapi PRU15 dengan perselisihan pembahagian kerusi, pembahagian kuasa antara kaum dan bakal peneraju utama sekiranya berjaya mendapat majoriti. Ini hanya akan membazirkan masa dan tidak boleh tidak faktor sabotaj sesama sendiri akan wujud dan menyebabkan peratus kemenangan dikecilkan. Hasrat untuk bertanding 2 penjuru pada PRU15 sangat baik tetapi fomula apa yang boleh diguna pakai bagi mengekang sebarang unsur sabotaj dari penyokong parti masing-masing? Keputusan tidak popular mungkin akan diteruskan pucuk pimpinan Muafakat Nasional dan mereka harus bersedia berdepan risiko kehilangan sokongan dari penyokong sendiri. Adakah Umno, Pas dan PPBM bersedia untuk menjadi ‘Pembangkang’ selepas PRU15? Biarpun kewujudan Muafakat Nasional hanya berpegang kepada persefahaman antara parti, segalanya perlu dirungkaikan sebaiknya untuk mencapai matlamat asal penubuhan MN seperti dalam Piagam Muafakat Nasional.



Baca – Talkin Untuk Umno

Perbezaan polemik politik antara Umno, Pas, Ppbm, Dap, Pkr, Amanah dan Pejuang (belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan) amat ketara bila berbicara persefahaman untuk menang PRU. Paling ketara ialah gabungan dalam Pakatan Harapan sedia bertanding menggunakan satu lambang untuk tidak mengelirukam penyokong mereka. Kerjasama mereka diselarikan dengan cara efisien kerana matlamat mereka ‘MENANG DULU, SEMBANG KEMUDIAN’. Di sebelah pihak MN pula apabila pemimpin utama terlalu banyak retorik dan mengeluarkan kenyataan memeningkan penyokong hingga nampak seperti JONGKANG-JONGKET. Satu pihak naik manakala satu lagi pihak bawah dan begitulah seterusnya permainan dilakukan sehingga akhirnya MN jadi longlai.



Jika beginilah cara pemikiran serta percaturan Muafakat Nasional, kebanyakan pemerhati politik berpandangan lebih baik BN, Pas dan Ppbm bertanding atas tiket masing-masing. Ini akan memudahkan penyokong mengenalpasti dan menyatakan sokongan mereka di kertas undi. Mungkin akan berlaku perubahan dalam keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan kedua parti dalam isu ini tetapi ia perlu disegerakan agar penyokong tidak terus terperangkap dalam gelungan perbezaan pendapat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button