ZURAIDA SINDIR PKR SEBAGAI PARTI ‘SESAT’, HARAP AZMIN DIBERIKAN JAWATAN DALAM PPBM

PPBM AKAN JADI BLOK TERBESAR

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, secara sah menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu majlis di Ibu Negara. Beliau bersama 9 lagi bekas ahli PKR menyertai PPBM selepas 5 bulan mengambil keputusan keluar PKR ekoran krisis dalaman Pakatan Harapan yang membawa kepada kejatuhan PH.

Dalam majlis itu juga, bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan PKR sebagai ‘Parti Sesat’. Beliau juga berharap agar Azmin Ali diberikan kedudukan dalam PPBM.

Petikan dari laporan sebuah portal berita –

Penyertaaan bekas pemimpin PKR ke dalam PPBM akan menjadikan parti itu blok yang mempunyai bilangan ahli Parlimen terbesar, kata Zuraida Kamaruddin.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali itu akan menjadi kekuatan kepada PPBM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Hari ini kita harus pilih 1 wadah politik untuk masuk ke gelanggang membantu parti PPBM supaya PPBM menjadi parti dengan komponen ahli Parlimen terbesar.

“Dengan adanya bangsa Cina, India Melayu, Iban, dan Kadazan ini peluang PPBM tambah kerusi ahli Parlimen pada pilian raya umun akan datang. Ini menjadi kekuatan pada kita,” katanya ketika berucap di Kongres Negara “Bersatu untuk Malaysia” hari ini – FMT

Jika ini permintaan dari bekas PKR, PPBM dijangkakan akan berdepan krisis penentangan dari ahli mereka yang selama ini bertungkus lumus membina kekuatan dan bertanding untuk jawatan dalam parti itu. Apatah lagi dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional akan juga berkemungkinan dilanda kontroversi. Kemungkinan persoalan akan ditimbulkan ahli PPBM sendiri adakah bekas PKR yang menyertai parti itu adalah ‘Trojan Horse’ pihak tertentu bagi menakluki PPBM secara halus. Tidak ada yang mustahil dalam percaturan politik apatah lagi bila membicarakan mengenai Azmin Ali yang dikenali sangat setia kepada Anwar Ibrahim dalam PKR satu ketika dahulu.

Dalam pada itu berlaku kekeliruan di pihak Muafakat Nasional mengenai kewujudan Perikatan Nasional sebagai sebuah parti politik yang menggabungkan PPBM, UMNO (BN), PAS dan GPS hingga menyebabkan perdebatan panas. Surat jemputan rasmi kepada PPBM bagi menyertai Muafakat Nasional telah ditandatangani kedua-dua Presiden Umno dan Pas namun apa yang dilaporkan media ialah gabungan dalam MN bersetuju menjadi gabungan Perikatan Nasional.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker