RM59 JUTA UNTUK SETIAP SATU KERJA RUNDING TERUS ZAMAN PH, GUAN ENG BERI PADA SIAPA?

PENDEDAHAN PANAS DI PARLIMEN, PH BERI 101 PROJEK RUNDING TERUS

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/Iza-Karim_20200824_1.mp4[/KGVID]

Negara digemparkan dengan pendedahan oleh Menteri Kewangan semasa sidang parlimen hari ini. Beliau mendedahkan sebanyak 101 projek bernilai lebih RM6 billion merupakan projek secara runding terus (direct nego) yang dilakukan Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng semasa Pakatan Harapan memerintah.

Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Wee Ka Siong turut berkongsi perasaan terkejut beliau dilaman facebooknya. Sidang parlimen agak panas dengan pendedahan oleh Tengku Zafrul menyaksikan Pakatan Harapan sendiri telah melanggar Manifesto mereka yang menggariskan tidak akan berlaku ketirisan dalam urusan tender kerajaan.

Bayangkan hampir RM59 Juta dibelanjakan bagi setiap projek jika RM6 Billion dibahagikan kepada 101 projek. Ahli parlimen turut mendesak Kementerian Kewangan mendedahkan siapa antara penerima projek runding terus ketika zaman Pakatan Harapan.

Pendedahan terbaru ini adalah yang kedua dilakukan Tengku Zafrul selepas mengesahkan tiada berlaku sebarang kehilangan wang (rompakan) GST yang didakwa Guan Eng ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Guan Eng sebelum ini pernah mendakwa BN merompak hasil cukai GST dalam satu sidang parlimen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker