PAS GESA KERAJAAN SENARAIKAN 101 PROJEK ‘DIRECT NEGO’ PAKATAN HARAPAN

SENARAI PENERIMA 101 PROJEK PERLU DIDEDAHKAN – TIMB. PRESIDEN PAS

Timbalan Presiden PAS, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan menyenaraikan penerima projek ‘Direct Nego’ kerajaan Pakatan Harapan yang didedahkan Menteri Kewangan YB Senator Tengku Zafrul di Parlimen semalam.

Pendedahan projek bernilai RM6.6 billion ketika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan (2018 – 2020) telah mengejutkan seluruh negara. Anggaran bagi setiap satu projek jika dibahagikan jumlah RM6.6 Billion mencecah RM60 juta. Ini satu jumlah yang agak besar walaupun dibolehkan projek secara Runding Terus mengikut terma dan syarat tertentu.

Rakyat tentu terkejut dengan pendedahan tersebut, kerana selama ini Pakatan Harapan melaungkan slogan tiada projek runding terus, bahkan dalam manifesto PH semua projek akan dibuat secara tender terbuka,” – Tuan ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.



Pihak SPRM telah mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara tersebut dan akan melakukan kajian kewujudan unsur rasuah berkaitan 101 projek berkenaan. Selain PAS, Pakatan Harapan turut menggesa agar penerima projek tersebut disenaraikan.

Dalam pada itu, difahamkan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersama Pemuda Barisan Nasional bertindak membuat laporan kepada SPRM berikutan pendedahan di sidang parlimen. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mencabar penerima ‘Direct Nego’ didedahkan kerana beliau yakin beberapa nama ‘Menteri Pengkhianat’ akan tersenarai menerima projek berkenaan.

Azmin Ali telah menafikan pembentangan ‘Rundingan Terus’ projek dibentangkan dalam kabinet semasa Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan. Rakyat berharap pihak SPRM dan kerajaan akan berlaku telus dalam menyiasat perkara pendedahan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker