Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi pengambilalihan MASWings

Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi pengambilalihan MASWings

Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi pengambilalihan MASWings
MASWings yang ketika ini hanya beroperasi di kawasan pedalaman Borneo, akan diberi nafas baharu dengan penambahan destinasi penerbangan. FOTO Arkib NSTP

Kuching: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi memastikan kelancaran proses pengambilalihan MASWings.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, perkara ini dipersetujui semasa pertemuan beliau dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Putrajaya, pada Jumaat.

Lee berkata, tujuan utama pertemuan itu adalah untuk membincangkan mengenai penubuhan Sarawak Airline menerusi pengambilalihan MASWings.



“Delegasi Sarawak, yang terdiri daripada pegawai mewakili kerajaan negeri Sarawak akan menyertai secara aktif dalam pasukan petugas khas itu.

“Juga diputuskan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai untuk memulakan perbincangan seterusnya serta memudahkan pengambilalihan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?


Pada 15 Jun lepas, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersetuju secara prinsipnya untuk mengambil alih MASWings, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Bhd (MAB), yang akan dijenamakan semula sebagai sebuah syarikat penerbangan butik (perkhidmatan penerbangan unik dan berkualiti tinggi) oleh kerajaan negeri.

Abang Johari berkata MASWings, yang ketika ini hanya beroperasi di kawasan pedalaman Borneo, akan diberi nafas baharu dengan penambahan destinasi penerbangan.



Pada 17 April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan kerajaan negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik.

Anwar berharap dengan penubuhan syarikat penerbangan itu akan dapat menurunkan harga tambang terutamanya antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.

Pasukan Petugas Khas akan ditubuhkan bagi pengambilalihan MASWings


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker