SETIAUSAHA AGUNG DAP CABAR SENARAI PENERIMA ‘DIRECT NEGO’ RM6.6BILLION DIKELUARKAN

LIM GUAN ENG CABAR PENDEDAHAN MENTERI KEWANGAN

Setiausaha Agung DAP, YB LIM GUAN ENG mencabar agar disenaraikan nama penerima ‘Runding Terus’ bernilai RM6.6 Billion sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan didedahkan. Semalam seluruh negara digemparkan apabila Menteri Kewangan YB Senator Tengku Zafrul mendedahkan sebanyak 101 projek bernilai RM6.6 billion diberikan secara ‘Direct Nego’ oleh Menteri Kewangan 2018 – Februari 2020.

Menteri Kanan, Azmin Ali turut memberitahu sidang parlimen projek ‘Runding Terus’ yang didedahkan Zafrul tidak pernah dibawa ke pengetahuan kabinet PH ketika itu manakala YB Rina Harun turut menyokong pendedahan Azmin Ali.

Klik – AZMIN DEDAH ‘DIRECT NEGO’ TIDAK DIBAWA KE KABINET PH

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dalam entri di facebook mencabar agar semua nama penerima 101 projek didedahkan atas prinsip ‘Berani Kerana Benar’. Beliau secara sinis menulis pasti ada kalangan ‘Menteri Pengkhianat’ akan turut tersenarai dalam nama penerima projek berkenaan. Anggaran bagi setiap projek berkenaan mencecah RM63 juta jika dibahagikan dari RM6.6 billion.

Pihak SPRM telah mengesahkan menerima laporan mengenai pendedahan tersebut dan tidak menolak akan melakukan kajian menyeluruh bagi menilai samada wujud undur rasuah dalam pemberian projek projek berkenaan. Malah SPRM juga akan meneliti unsur penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Pakatan Harapan dalam penganugerahan tender tender yang terlibat.

Sepucuk surat bertarikh 26 Julai 2019 yang tular mendedahkan kewujudan projek runding terus melibatkan persetujuan Menteri Kewangan membabitkan pembinaan bangunan Gunasama di Kelantan.

Pada 18 Julai 2019, Perdana Menteri Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan tiada lagi perolehan, tawaran projek melalui rundingan terus, 100% melalui tender terbuka. Ini bertentangan dengan apa yang didedahkan di Parlimen semalam.

Leave a Reply