‘BRADER’ LIM GUAN ENG GELAR AZMIN ALI ‘PAKAR KELENTONG’

SAMA-SAMA DALAM PAKATAN HARAPAN DULU, SEKARANG ‘BERTINJU’

Perdebatan mengenai projek ‘Runding Terus’ yang didedahkan dalam sidang parlimen masih hangat dan kini sessi tuding menuding berlaku antara Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan bekas Ahli Parlimen Pakatan Harapan. Projek ‘Direct Nego’ bernilai RM6.6 billion yang didedahkan Menteri Kewangan ternyata memberi impak besar terhadap seluruh rakyat Malaysia yang rata-rata terkejut dengan corak pentadbiran 22 bulan PH.



Cabar-mencabar terus berlaku kalangan ahli parlimen agar nama penerima projek didedahkan sebagai bukti ketelusan pihak masing-masing. Bagaimanapun setakat hari ini tiada satu nama didedahkan berkaitan ‘Direct Nego’. Laporan SPRM telah dilakukan beberapa pihak dan mendapat perhatian SPRM untuk mengkaji jika wujud unsur rasuah dalam pemberian 101 projek berkenaan.

Rakyat agak pelik apabila ada kalangan ahli parlimen bekas Pakatan Harapan ‘melatah’ dengan begitu teruk sedangkan tiada nama disebut Setiausaha Agung DAP. Lim Guan Eng yang turut berdepan pertuduhan rasuah oleh SPRM di Mahkamah mencabar kerajaan (Perikatan Nasional) menyenaraikan kesemua 101 projek yang dikaitkan semasa beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan selama 22 bulan.



Ada satu dakwaan salah satu projek ‘Direct Nego’ telah diberikan kepada sebuah syarikat bagi menyelesaikan masalah pencemaran udara dan air di Pasir Gudang. Dakwaan tersebut turut menyatakan syarikat berkenaan mendapat projek bernilai RM1 billion tetapi syarikat berkenaan tidak mempunyai kepakaran khas untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan pencemaran. Bagaimana syarikat berkenaan boleh mendapat projek jika tiada pengalaman dan kepakaran melakukan kerja-kerja yang ditetapkan dalam syarat kerja? Mungkin Lim Guan Eng boleh menjawap perkara tersebut selain mendedahkan siapa penerima projek berkenaan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mahu isu ‘Direct Nego’ ini tidak dipanjangkan memandang pandemik covid19 masih menjadi ancaman kepada rakyat. Apa pula kata rakyat yang mahu kerajaan berlaku telus dan adil supaya rakyat tahu kemana wang dibelanjakan sepanjang Pakatan Harapan memerintah? Jumlah yang didedahkan bukan sedikit kerana Guan Eng sendiri pernah menyatakan kedudukan kewangan negara begitu teruk selepas mereka (PH) mengambil alih pentadbiran. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir juga pernah memomokkan negara akan bangkrap jika tidak mengawal perbelanjaan dan ini menjadi antara sebab beliau melakukan pinjaman Bon dari luar negara.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button