PAKATAN HARAPAN SEMAKIN ‘BOGEL’ DI MATA RAKYAT

RAKYAT SEMAKIN SEDAR SIAPAKAH ‘PAKATAN HARAPAN’ DALAM POLITIK MALAYSIA


Beberapa PRK yang telah berlalu, kita dapat menyaksikan bagaimana riak dan bahasa badan rakyat yang seakan menyesal diatas kesilapan mereka termakan hasutan parti PH sebelum pilihanraya. Mereka tertipu , mereka menyesal, mereka menginsafi diri mereka.

Kini mereka sudah sedar betapa bahayanya Mahathir, DAP PKR atau PH jika mendapat kuasa , Selama ini mereka tindak menyangka apa yang berlaku selama pemerintahan 22 bulan terhadap mereka. Sama sekali mereka tidak menduga, terutama golongan anak muda.



Perkauman. Penipuan, perompak, penyamun, pencuri adalah satu perkataan yang dijadikan senjata yang digunakan oleh DAP PKR atau PH untuk menolak sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional / Muafakat Nasional.

Putar belit DAP PKR atau PH terhadap gabungan Barisan Nasional /Muafakat Nasional dengan beranggapan setiap satu parti yang menyertai Barisan Nasional / Muafakat Nasional adalah perkauman.

Sikap pemimpin DAP PKR atau PH yang membelakangkan fakta kejadian dilihat seperti kanak kanak tadika yang mahu berebutkan gula gula dan mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Tanpa membaca dan mengkaji sejarah politik kejadian dan perbuatan DAP PKR atau PH terhadap kaum lain seakan mereka lebih dominan dalam sejarah politik, pemimpin muda DAP terus cuba mengalihkan isu sejarah kejadian hanya melalui pandangan yang dangkal.



Penentangan DAP PKR atau PH terhadap negara ini bukan semata-mata atas dasar perjuangan politik mengikut lunas-lunas Perlembagaan, tetapi lebih cenderung kepada sikap anti kepada Islam dan kepada bangsa Melayu yang menjadi tunggak pemerintahan Negara ini.

Betapa sayu hati rakyat setelah melihat penjarahan harta, penindasan terhadap golongan marhaen berlaku serta penipuan serta skandal yang berlaku semasa DAP, Mahathir dan PH berkuasa seakan sudah tidak dapat dibendungkan lagi.

Kini Melayu sudah mula sedar, DAP, PKR atau PH sanggup membeli sebahagian dari kita demi mempertahankan perjuangan mereka. Pergeseran dan perbalahan antara Melayu kerana fahaman politik melampau telah membuka ruang kepada mereka untuk ‘menangguk di air yang keruh’ dan semahunya mereka mahu Melayu mengelar mereka Tuan kepada negara Malaysia nanti.

Kini rakyat mula memutarkan kembali waktu yang silam dengan tindakan yang matang dalam membuat pilihan parti. Mereka sedar kesilapan satu kertas undi akan menyebabkan malapetaka kepada kedudukan dan kebajikan rakyat dan juga Negara .

Rakyat juga sedar bahawa mereka harus memberikan amanah ini kepada mereka yang benar benar bertanggung jawab terhadap rakyat. Bagi mereka cukuplah sekali terjerumus dalam edisi penipuan Pakatan Harapan.

Mereka sudah merasakan pahit maungnya berada dalam kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dimana mereka rasakan seperti 22 tahun. Penindasan yang dilakukan terhadap rakyat tidak pernah mereka fikirkan sama sekali.

Kaum India, Cina, Kadazan, Dusun dan kaum kaum lain kini sudah sedar bahawa Barisan Nasional adalah parti yang sememangnya boleh diharapkan untuk mematikan kebajikan rakyat dibela dan dilindungi.

Hari ini, kita berhadapan dengan PRK Slim, PRK yang akan menguji sokongan rakyat kepada Muafakat Nasional, Muafakat yang mendapat restu dari rakyat. Muafakat Nasional adalah satu bentuk gabungan PAS dan UMNO yang diimpikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia.



Siapa sangka dalam hiruk pikuk kehidupan yang berbilang kaum, jauh disudut hati rakyat yang masih merindui zaman pemerintahan Barisan Nasional. Parti yang berjuang untuk semua kaum dalam Negara ini.

Ada ungkapan bijak yang mengatakan “orang yang baik adalah bukan mengatakan dirinya baik,akan tetapi orang yang baik,adalah orang yang berusaha memperbaiki kekurangannya,sehingga menjadi baik”.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Menjadi baik sudah pastinya ada godaan dan dugaan yang terpaksa dihadapi, ancaman yang terpaksa diharungi. Tetapi sejarah kebaikan itu sudah pastinya akan tersemat dalam hati warga yang menikmatinya,

Justeru itu, apa yang berlaku dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan, semua manusia melakukan kesilapan dan kesilapan yang berlaku itu boleh dijadikan sempadan dan pengalaman hidup.

Sebagai rakyat, mereka berhak memilih sebuah kerajaan yang mereka percayai dan melindungi mereka dimasa akan datang dan bukan membebani mereka. Rakyat seharusnya mengimplemintasikan hasrat pada PRK Slim tidak lama lagi.

Sejarah pahit biarkan berlalu, sejarah akan datang kita ciptakan dengan megah dan hebat sebagai rakyat yang matang dalam membuat pilihan.

TULISAN – ADIPUTERA, Bandar Damansara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker