China, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB terima pakai resolusi boleh dilaksana di Gaza

China, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB terima pakai resolusi boleh dilaksana di Gaza

China, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB terima pakai resolusi boleh dilaksana di Gaza
KANAK-kanak Palestin mengibarkan bendera dan banner ketika protes di kem pelarian Shatila, hari ini. FOTO AFP

Istanbul: China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pakai resolusi mengenai Palestin dan resolusi itu boleh dilaksanakan.

“Di tengah-tengah situasi bencana ini, kami menekankan perlunya untuk Majlis Keselamatan bertindak segera dan menerima pakai resolusi yang bermakna dan boleh dilaksanakan,” kata wakil tetap China ke PBB Zhang Jun semasa menyampaikan kenyataan bersama rakan sejawat dari UAE, Lana Zaki Nusseibeh di New York.

Zhang berkata gencatan senjata kemanusiaan kini sangat diperlukan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan yang cepat dan tanpa halangan, lapor Agensi Anadolu.



Majlis itu berhimpun pada Isnin untuk sesi tergempar kali keenam.

“Kami menggesa kesemua pihak mengambil langkah segera ke arah menghentikan penentangan bagi memastikan perlindungan orang awam,” kata Zhang.

Beliau berkata pihak yang terlibat dalam konflik di Palestin seharusnya memudahkan penghantaran barangan dan perkhidmatan yang mencukupi dan tanpa halangan kepada semua orang awam di seluruh Semenanjung Gaza.

“Ini termasuk elektrik, air, bahan api, makanan dan bekalan perubatan yang berterusan dan dalam skala yang besar,” katanya.



Wakil tetap UAE ke PBB Nusseibeh berkata serangan ke atas kemudahan awam di Gaza merupakan pencabulan undang-undang antarabangsa.

“Kami mengutuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, semua keganasan terhadap orang awam, termasuk semua tindakan keganasan dan serangan secara sembarangan,” katanya.

Bulan lalu, empat draf resolusi berbeza mengenai Gaza ditolak Majlis Keselamatan.

China, UAE gesa Majlis Keselamatan PBB terima pakai resolusi boleh dilaksana di Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button